Meniaga

Assalamualaikum W.B.T

Setelah dekat seminggu tak menulih disebab aku agak bz dengan aku punya final project, and tambah lagi dengan ketiadaan internet kat rumah baru aku(aku baru pindah), menyusahkan aku untuk mencari bahan untuk menulih. Tp hari ni aku tetap nak menulih, sbabnya aku mmg rindu dengan bidang penulisan ni. Aku suka untuk mengerahkan aku punya otak untuk menulih.

Kat sapa2 yang kdang2 dok bukak tengok blog aku untuk tgok aku update ataupun dak dalam masa aku tak menulih tu, aku mintak maaf sangat2. Bkan niat aku nak keciwakan hampa, tp keadaan aku minggu lepas tak mengizinkan aku. Kalo tak keberatan, teruihkan membaca dalam masa-masa lepas ni. Kalo ada yang dah xmau baca, terpulanglah. Sapa la aku nak paksa orang membaca tulisan aku yg merepek2 ni. Aku teringat satu topik, yg pernah sorang mmber aku cakap. Dia bercakap pasai meniaga. Yup, meniaga. Ok aku rasa aku nak perah otak untuk bab meniaga ni.

Meniaga ni diklasifikasikan sebagai satu kerja yg mulia dalam Islam. Rasulullah S.A.W. dulu pon meniaga, dari umoq baginda kecik lagi. Meniaga ni mulia sbab bagi aku, aku rasa orang2 yg meniaga ni sediakan benda yang orang lain tak mampu buat. Bukan semua orang(aku) mampu masak sendiri,  bkan semua orang bleh sembelih lembu untuk buat lauk, bkan semua orang bleh turun laut untuk tangkap ikan, bkan semua orang mampu jd petani yg bguih untuk tanam sayoq.

So orang2 yg meniaga ni, dia kena cari benda yg orang xbleh nak cari sndiri, baru orang akan beli. And zaman skarang ni, bleh kata meniaga apa pon laku. Ambik tahi(maaf) kambing n isi dalam botoi, jual jd makjun pon orang beli. Ambik lembu yang baru mati tepi jalan, lapah daging n jual pon orang mau beli, sbab orang xtau. Tp apa yang paling penting kat sini, cara mendapatkan rezeki. Halal or tak, Allah redha ka tak redha dengan cara meniaga tu sendiri.

Ayah aku sorang peniaga tetap, so aku bleh crita bab meniaga ni. Dari kecik aku dok tolong ayah aku meniaga, and dah besaq ni pon aku penah cuba untuk meniaga sendiri. Meniaga ni mmg best, sgat2 best. Paling best bila closing jualan  untuk hari tu, n tgok keuntungan untuk hari tu. Kepuasan dia lain macam sket. Tp biasa la, kalo ada untung, ada ruginya. Bila rugi, jngan tarik muka sekupang@seposen, ada hikmah kat kerugian kita tu. Apa2 pon, mesti mau jujur dlam meniaga.

Orang yg meniaga dulu bleh la kita kata pekerjaan yang mulia, sbab orang dulu2 ikhlas bila meniaga. Orang dulu2, meniaga jujur, tak menipu. Kalo rugi pon takpa, esok bleh try lagi. Tp zaman la ni ramai orang terkena penyakit ‘wahan’(cintakan harta and dunia), so depa akan buat apa saja untuk dpatkan harta sebanyak mungkin. Meniaga zaman la ni, kalo nak dpatkan tender or apa2 project, agak susah kalo tak main rasuah ataupun corrupts. Kalo nak jadi peniaga yang jujur, susah lah. Tak bagi rasuah, tak dapat project. Senang kan?

Ada duit hadiah, ada tender baru. Takdak duit hadiah, see you next time. Aku pon tak paham la. Banyak dah manusia yg kena tangkap sbab rasuah untuk dpatkan tender. And banyak gak yg still main dengan rasuah, masih belum kena tangkap. Takpa, kalo terlepas dunia, akhirat ada g, jangan risau. Meniaga yang sepatutnya jadi kerja yang mulia tercemaq dengan dosa, dosa rasuah. Xyah la nak main dengan rasuah, Allah dah tentukan rezeki kita semua. Ada rezeki kita, xyah rasuah pon bleh dapat. Takdak rezeki, bagi p la 300 juta Ringgit Malaysia pon, tak dapat punya.

So kita dah nampak satu dah keburukan meniaga zaman la ni. Kadang2 kan, ada peniaga yang nak untuk cepat, dia guna cara yang halus untuk untung. Kita yg membeli ni pon tak nampak. Dia kurangkan timbangan jualan. Dia bukannya bodo, dia xleh nak kurang kaw-kaw, nnt orang perasan. Then dia kurangkan just sket ja. Tp, kalo kurang untuk sorang, maybe nmpak sikit, tp kalo dari setiap sorang pelanggan dia kurangkan camtu untuk 10 customer? Dia dah bleh dapat yang kesebelas. Aku rasa dia ni guna pepatah Melayu, ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’. Aku rasa aku pon nak bagi kat dia satu pepatah Melayu baru, ‘sudahlah bodoh, bangang pula tu’. Dia xtau ka apa consequence untuk benda yang dia buat tu? Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Sesungguhnya ahli perniagaan di akhirat nanti akan dibangkitkan sama seperti pelacur dan penipu. Kecuali ahli perniagaan yang bertakwa kepada Allah, menepati janji dan jujur.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Dengan dalil yg ckup kuat kat situ, kita bleh nmpak, besaqnya azab untuk peniaga2 yg menipu dalam jualan. Ramai peniaga la ni yang hanya tau meniaga, cari untung. Tp ramai yang xtau, macam bernikah, berjual beli pon ada akad dia yang tersendiri. Dari apa yang aku pnah dengaq, kalo peniaga x sbut “Aku jual” and pembeli tak sebut, “Aku beli”, maka pembelian tu tak sah. Untuk lebih kepastian, tanya lah yang lebih pakar dalam hal2 ni. Aku xmau jd Ayah Pin(semoga Allah membuka pintu hati dia untuk bertaubat) yang mengeluaqkan fatwa sesat.

Semua orang nak untuk dalam meniaga. Aku meniaga pon, aku nak untung. Tp dalam Islam, cara mengambik keuntungan ada caranya. Bukan just membabi-buta letak harga triple ataupon quadraple. Dalam Islam, kita hanya bleh ambik keuntungan kurang dari sekali ganda. Tak bleh nak ambik kesempatan time inflasi ataupon kekurangan bahan contohnya gula ataupon ayam time waktu prayaan. Tu menindas namanya. Aku harap kat pembaca2 artikel ni yang meniaga, jangan la jadi manusia yang ambik kesempatan untuk cari untung time kekurangan barang. HARAM hukumnya. Jangan buat main.

Tp jgan la plak lpas ni kita pndang buruk kat peniaga, anggap semua peniaga x jujur n ambik kesempatan. Kesian kat orang2 yang menjual barang dengan cara yang elok, untuk cari rezeki yang halal. Sabda Rasulullah lagi :

“Ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.”
(HR Ibnu Majah, Al-Hakim dari Jabir)

-Shafshar-

p/s : Mintak maaf sbab jarang menulih, aku agak sibuk.

Rujukan : http://maeayuthia.blogspot.com/2010/10/pengajaran.html

http://epondok.wordpress.com/2010/06/

 

, , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: