Peristiwa Jam 12

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, dah abih exam aku untuk semester 7 yang spatutnya jadi sem final aku, tp disebabkan aku pandai sangat untuk amek subjek math awal2, so aku kena amek balik 3 paper math yang aku drop dulu. Jangan salah pham, aku drop ok, aku tak fail. Sbab slalu bila orang dengaq ayat ‘extend’ ngan ‘carry paper’, orang akan pkiaq pasal fail.

Td paper aku pg, so dah abih jawab, aku pon lpak la kat kdai depan kolej dengan mmber2 satu course ngan aku. Lepak minum, bincang pasal paper sket2, sembang2 kosong. Ya la, nak balik awal pon bkan buat apa kat rumah. Kalo kat umah silap2 aku bleh tertidoq nnt. Mcam biasa, minum kopi o kaw kat kdai nasik lemak depan kolej, memang best. Pekat n scukup rasa. Hehe.

So dah abis semua, aku temankan sahabat aku Bob p umah mmber kami kat Sri Rampai. Hajat nak teman lama, tp dia suruh aku balik dulu sbab dia ada keja sket lpas tu. So xpa la, aku pon balik la sorang2 naik moto kesayangan aku. Dah setel exam, hati gundah. Sbab buat exam secara cincai sahaja. Hahaha, nak buat camna, stakat mana aku usaha, takat tu ja la aku bleh.

Time aku kat traffik light dekat2 area Jusco, aku ternmpak sorang mamat ni, bawak moto Kawasaki Ninja ZXR, kaler hijau. Agak terbaik gak la, kalo nak dibandingkan dengan moto kapcai aku. Tp xpa, asalkan bleh bawak dah la. Mamat tu naik ngan mmber dia. Kira agak rancak gak la. Dah la muda lagi, aku bajet dalam baya aku ja. 20an kot lbih kurang camtu. Pakaian biasa saja, baju t-shirt plain puteh, sluaq jeans. Xdak apa yang menarik kat mamat tu.

So time berenti kat sbijik traffik light yang baru ja lpas hijau, tempoh nak menunggu tu agak lama gak la. Ada la dalam 2 minit camtu. So time tgh brenti, aku brenti sebelah moto dia. Apa lagi amek kesempatan usha moto dia la. Kalo nak beli xtau la bila nak ckup duit. Moto dia mmg agak bersih, aku rasa dia syang moto dia tu. Dia make-up moto dia pon agak cun la, dengan handle alloy, fork alloy, mmg cantek la snang crita. Nak ulas pnjang2 pon aku bkannya pndai sngat dalam arena permotoran ni.

Ok ni climax. Time tgh menunggu lampu tu bertukaq jadi lampu hijau, moto dia dilanggaq oleh sebuah keta BMW 5 series yang baru sampai kat traffik light tu. Langgaq bukannya trok pon, snang cerita macam tolak ja. Tu pon kena kat tayar ja. Aku sendiri nmpak time tu. So xpa la, dia masuk gear 1, dia bg moto dia ke depan sket. Aku igt habih kat situ ja la. Rupa-rupanya, mamat moto td kalih muka dia ke blakang, without further hesitation dia mengangkat tangan dan menunjukkan jari tengahnya(jangan tiru aksi ini!) kat driver BMW tu.

Aku tgok benda tu live depan mata, agak terkaku la. Tak sangka la, sbab langgaqnya pon sket ja. Orang kata tak luak la. Mmg sket sangat. Aku aku xtau la apa reaction orang yang bawak keta BMW tu, maybe dia ada buat something yang buatkan si mamat moto ni buat camtu. Then aku terpikiaq, maybe mamat moto ni rasa megah kot bawak moto Kawasaki Ninja ZXR? Sbab cara dia tunjuk cari tengah dia pon mmg nmpak angkuh gila kari Baba’s. Serius.

Aku tringat satu ayat Al-Quran yang bermaksud,

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Surah Luqman : 18

Dari situ kita dah bleh nmpak, kita sbagai umat Islam xleh nak rasa angkuh dengan manusia. Angkuh tu tak bawak ke mana. Last2 kita kena tanam dalam kuboq gak. Dengan kain kapan kaler putih gak. Pakai la moto BMW ka, Ducati ka, or keta yang mahal mcam Bugatti Veyron, Ferrari, Mercedes or BMW, kita tak layak nak angkuh kat bumi Allah.

Aku rasa mamat tu takkan baca post ni, sbab dia mungkin xtau address untuk smpai ke blog aku ni, tp aku harap kita(aku) jangan la berperangai camtu. Kita ni orang Melayu, tunjukkan la nilai ketimuran kita. Jangan nak ikut sangat cara barat yang mmg seluruh dunia tau, tak bermoral. Angkuh n sombong tak bawak kita ke mana pon.

Aku still terkejut ngan benda yng jadi depan mata aku. Nasib baik tak melarat sampai bergadoh ka, berparang ka, kalo tak naya aku nak kena naik mahkamah untuk jadi saksi. Haha.

-Shafshar-

Rujukan – Peristiwa depan Jusco

http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/d692b103395bb2cb482566cd00327039?OpenDocument

 

, , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: