Eruption

Assalamualaikum W.B.T.

Pagi2 ni aku baru smpai kat rumah, aku dah malas nak sambung tidoq, satgi confirm2 terlajak smpai tghari. Ya la, bdan letih melepek atas bas, sakit bdan kot. Punya la letih aku atas bas td, dah sampai Kangaq pon aku tak sedaq g. Drebar bas tu kata kat aku, “ang ni tdoq tak ingat dunia aih.” Hahaha, sorry brader, slalu aku sedaq. Hari ni smpai digerak oleh drebar bas tu, sbab aku sorang yang tak trun2 bas lagi. Haha. So aku rasa kalo aku tdoq, penamatnya aku nmpak dok kat pkul 2 petang. Daripada aku membazir masa, baik aku menulih, kan?

So pagi2 ni, rancangan tak menarik sangat kat TV. Walaupun ada astro, tp crita yang disajikan tak logik dengan bayaran. Bayaq dekat 60-70 ringgit sbulan, tp crita shari ulang 4-5 kali. Smpai dah bleh hafal dialog la orang kata. And crita cartoon faveret aku, Tom and Jerry pon dah habih aku khatam. Tunggu bulan depan plak depa tukaq crita.

Aku pon bkak la rancangan TV percuma, TV3. Pagi2 ni apa lg, MHI(Malaysia Hari Ini) la. Ok la gak, time aku bkak, dia tgah interview wartawan yang buat liputan kat Gunung Merapi yang meletus kat Yogyakarta. Pompuan kot. Cameraman ja laki. So orang yang temuramah ni adalah pompuan. Brani gila, aku respek kat dia. Untuk pengetahun hampa, lembu pon mati kena dengan awan panas hasil muntahan Gunung Merapi tu. Kalo orang aku xtau la.

Angka kematian yang sebenaq, aku xsure. Tp mmg banyak la, kalo hampa nak tau lebih lanjut, bleh la selak akhbar2 utama Malaysia, ada slot khas untuk berita tu. Aku ucapkan takziah kat family2 kat sana. Sapa2 yang kena banjir kat Malaysia hari tu, patut bersyukur sbab banjir kat Malaysia, banjir ayaq, tp kat Yogyakarta tu, banjir lahar ataupon orang puteh sebut larva. Panasnya lbih dari 1000 darjah celcius. Jangan tnya aku mcam mana panasnya 1000 celcius tu, aku xtau. Tp cukup rasanya untuk bakaq apa saja dalam laluan dia.

Crita yang paling sedih, ada sebuah kampung ni, depa tgah bersiap2 malam tu untuk pindah p pusat pemindahan. Depa dijadualkan untuk pindah esok pagi tu. Then tiba2 Gunung Merapi tu muntah lahar dengan lajunya malam tu gak, kelajuan lahar yang turun dari gunung tu, 200 Kilometer sejam. Aku rasa bleh potong sbijik keta Skyline yang tgah race kat highway. Satu kampung tu xdan nak buat apa2, truih terbakaq dan kalo tak silap aku, semua mangsa meninggal dunia kat tempat kejadian. Innalillah hi wainna ilai hira ji’un. Ajal tak dicepatkan walaupun sedetik, tak dilambatkan jugak walau sedetik. Kalo dah smpai ajal waktu tu, mcam mana pon bleh mati. Walaupon depa tu nak berpindah esok pagi tu.

Ada gak crita yang tak sedap aku dengaq pasai orang2 Indonesia ni. Orang2 Jawa kat situ, ada satu kepercayaan karut depa yang tersendiri. Kepercayaan tu dah sebati dengan hidup depa sehari-hari, depa percaya yang gunung berapi tu ada penunggu yang tersendiri. And penunggu tu dijaga oleh seorang wakil, aku x brapa igt nama wakil tu.Mbah apa tah. And wakil ni kena satisfy setiap keinginan penunggu tu. Depa kata, Gunung Merapi tu meletus sbab wakil ni tak ikut cakap. Aduih laa. Yang heran tu, ramai kat situ beragama Islam. Apa jadi dengan Qada’ Qadr Allah? Ni bermakna depa percaya yang gunung tu meletus sebab penunggu tu yang marah, bkan bala dari Allah.

Maybe tu la amaran dari Allah S.W.T yang Maha Kuasa nak igtkan depa ni balik kat Allah. InsyaAllah, lepas ni depa plak dapat hidayah Allah dengan cara yang menyakitkan macam aku cerita dalam post Nur Hidayah. Sbab tu orang kata, susah nak buang stigma ataupon mentaliti masyarakat ni. Even dalam masyarakat Melayu Malaysia sendiri pon, ada lagi kepercayaan penunggu marah ni. Kalo kencing kat busut, nnt jin marah and bagi kemaluan bengkak. Kalo nak masuk hutan, kena sebut “nenek, cucu tumpang lalu.” Adeh, heran btoi la. Memang la kita xleh nafi wujudnya alam ghaib ni, tp Allah lagi berkuasa atas segala. Genie cannot harm you even a bit. Semua yang jd atas kehendakNya. Bkan kehendak jin, syaitan or manusia. Harap lepas ni depa sedaq semua tu, and tinggaikan kepercayaan syirik tu. Tp apa yang aku lagi tkut, sbab jadinya ‘kemarahan penunggu’ ni, depa lagi percaya kuat kat penunggu tu. Siap belai2 lagi, sbab tkutnya depa kalo penunggu tu ‘marah’ lagi. Nauzubillah hi minzalik.

-Shafshar-

Rujukan – Malaysia Hari Ini 12/11/2010

p/s : Dah macam wartawan bebas plak aku ni. Haha.

, ,

  1. #1 by zakrol on November 13, 2010 - 1:45 am

    dgq cita wakil gunung merapi tu dh mnggal.. sbb aku x pasti

    • #2 by Shafshar on November 13, 2010 - 1:48 am

      yup, wartawan tu kata penduduk sana kata, wakil gunung tu macam kapten kapal. apa2 pon dia nak selamatkan penduduk@anak kapal 2. Dia mati dulu kalo tak silap aku. ntah la, xtau crita btoi bab wakil tu.

      • #3 by zakrol on November 13, 2010 - 1:50 am

        ang cri ja kt utube nma mbah tu.. aku tgk video dia geli gla.. kta tokoh penunggu tpi video.. masyallah

      • #4 by Shafshar on November 24, 2010 - 5:49 pm

        owh. maleh aku nak mencari. hahaa. syirik2.

      • #5 by zakrol on November 13, 2010 - 1:54 am

        nma dia mbah marijan

      • #6 by Shafshar on November 13, 2010 - 4:44 am

        yup, aku baru igt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: