Nur Hidayah

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni aku nak abihkan 2 post aku secepat mungkin, sbb satgi aku dah nak naik bas untuk balik Perlih dah, untuk cuti Raya Haji. Besa la, aku dah banyak mengelat tak menulih time banjir hari tu, ni dah x banjir kena la rajin sket. Haha. Tak kisah la orang xmau baca post aku pon xpa, janji aku cuba nak satisfy reader(s) yang baca blog aku ni. Hahaha. Thx guys, xdak hampa sapa la blogger cam aku.

Ok hari ni rasa mcam nak tulih topik berat sket. Best, sbab aku bleh cari ilmu, then aku try share dengan hampa semua. Aku nak cerita pasai hidayah Allah hari ni. Sbb ramai manusia zaman la ni, termasuk la aku, still dalam gelap nak mencari hidayah Allah. Yang betoinya, hidayah Allah ni adalah nikmat Allah. Allah yang bagi hidayah kat hamba-hambaNya yang dikehendakiNya.

Hidayah Allah bukan la untuk orang2 yang bkan Islam saja, tp hidayah Allah jugak untuk orang2 yang tergelincir dari landasan Islam. Sama ada penah buat dosa besaq, ataupun dah smpai thap murtad, kalo Allah bagi hidayah kat kita, kita akan berubah jadi orang yang betoi2 bertaqwa. Setengah dari kita teringin nak ajak orang bkan Islam untuk peluk Islam. Bkan senang, sebab ada 2 faktor yang membolehkan hidayah Allah sampai kat seseorang, dengan izinNya.

Faktor yang 1st skali, KEINGINAN nak dpatkan hidayah Allah S.W.T. Kalo kita xdak keinginan nak dpat hidayah, susah la. Apa2 pon start ngan hati. Kalo hati mmg dah xmau berubah, dapat cetusan hati nak berubah pon, tak bleh berubah gak. Kalo kdang2 sblum tdoq kita tringat dosa2 yang pnah kita buat, rasa nak menyesal. Bagi aku, tu la cetusan hati untuk nak berubah. Aku anggap, tu first step untuk dapat hidayah Allah. Tp kalo hati dah terlalu keras, tersedaq pon sat saja, then buat balik, sebab apa?

Sebab faktor yang 2nd xdak, faktor USAHA. Bila dah tergerak hati nak berubah, kita kena usaha untuk dpatkan hidayah dari Allah. Usaha dengan sekuat hati. Kdang2 syaitan mmg tak suka orang yang nak bertaubat and p balik ke jalan yang Allah redha, so si syaitan ni dengan sekuat hati dia plak kacau orang yang nak bertaubat. Syaitan ni mmg dengkikan orang yang nak bertaubat, dalam post aku dulu pasai Lagenda Budak Setan, orang2 yang bertaubat ni banyak kelebihan dia.

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Tiap mata pasti akan menangis pd hari kiamat kecuali mata yg dipejamkan dr segala yg haram dan mata yg berjaga malam dlm jihad fisabilillah dan mata yg menitiskn air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkn ALLAH SWT.”(HR Abu Naim)

Orang2 yang berdosa yang bertaubat lagi snang nak teriak(menangis) kalo dia ingat dosa2 dia yang lepas. Dia takut kalo dosa dia still tak diampunkan Allah S.W.T. Dan dari satu cerita yang aku penah dengaq, ada sorang ni, dia dah hampir masuk neraka, tp sebab ada sehelai bulu mata yang jadi saksi tuan dia menangis sbab tkutkan Allah, tuan dia dimasukan ke syurga. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ok kita sambung g bab usaha. Bila kita dah dpat cetusan hati untuk nak berubah, contohnya kalo sbelum tu kita tak solat ataupun jarang solat, usaha dulu dengan solat. Sbab solat tu tiang agama. Then bila kita dah start solat, insyaAllah kita akan start untuk dpat hidayah Allah S.W.T. Aku tringat kisah sorang Khalifah. Dulu sebelum dpat hidayah, dia seorang yang cukup-cukup-cukup benci Islam, smpai sanggup nak membunuh Rasulullah S.A.W. Smpai la satu hari, dia dpat tau yang adik dia sndiri dah peluk agama yang Nabi Muhammad S.A.W bawak. Dia jadi marah, so dia pon serbu la rumah adik dia. Kebetulan waktu tu, adik dia tgh baca ayat2 suci Al-Quran.

Lepas dia blasah adik dia tu, then dia mintak surat2 yang adik dia baca td. Adik dia tak bagi, dia truih mintak, tp adik dia still xmau bg. Sbab dia ada keinginan nak tau apa yang adik dia baca, so dia tnya adik dia, sbab apa adik dia tak bagi. Then adik dia kata, si abang ni kotor, xleh pgang ayat suci Allah. Then si abang ni terlalu nak tau, keinginan dia tinggi, dia tanya mcam mana nak bersihkan diri. Then adik dia suroh dia mandi n sucikan diri. Abang ni usaha p mandi, then lpas dia mandi, adik dia pon bg la surat Al-Quran tu kat dia. Then dia pon start la baca, Surah Toha, ayat 1-8. Then dia macam tersentak, then dia tnya adik dia kat mana Rasulullah. Then dipendekan crita, dia pon p jumpa Rasulullah S.A.W and masuk Islam. Dia adalah Khalifah Umar al-Khattab, sahabat nabi yang dijanjikan syurga.

Kat situ kita bleh nmpak, bila ada keinginan, tmbah dengan usaha, dapat la hidayah, dengan izin Allah. Hidayah Allah ni ada di mana2. Ada orang dpat hidayah dengan cara yang mudah, kdang2 just terdengaq azan subuh pon bleh tercetus isyarat hati nak berubah. Ada orang dengan cara yang menyakitkan, contoh lepas dia hilang benda yang dia sayang, ataupun rugi besaq, then dia terdetik nak berubah. Ada yang berubah sbab ada orang bimbing. Yang penting, 2 faktor yang aku sebut kat atas td.

So jom la sama2 kita berdoa kat Allah S.W.T untuk dpatkan hidayahNya. Kalo sapa2 yang dah dpat, alhamdulillah, kekalkan hidayah tu, sbb kita xtau kalo kita lpaskan hidayah tu, takut kita tak dpat dah chance yang kedua. InsyaAllah, semua dari kita akan dpat hidayah.

-Shafshar-

“Dalam diri manusia ada seketui daging, kalo elok daging tu, elok la manusia tu, kalo busuk daging tu, so tak elok la manusia tu. Daging tu adalah hati.”

 

, , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: