Tornado Blaster

Assalamualaikum W.B.T

Aku mintak maaf sangat2 sbb aku dah lama x menulih post untuk blog aku ni. Kat sapa2 yang tgok berita atau suratkhabaq, mesti dia tau yang Perlih baru saja kena banjir yang teruk. Hujan lebat kat Perlih sendiri, tambah lagi dengan hujan kat Thailand yang hanya sekangkang kera dari Perlih, sikit sebanyak bagi effect. Empangan kat Perlih penuh, so kena bukak untuk elak empangan pecah, sbb kalo pecah, tsunami kecik mungkin jadi kat Perlih. Dah la empangan kat Perlih bukak, empangan kat Thailand pon bkak, ayaq bertambah kat Perlih. Dalam masa tak sampai shari, ayaq kat kawasan Kangaq naik mendadak.

Kebetulan, aku balik Perlih. Hajatnya untuk sabtu ngan ahad saja, tp ‘cuti’ aku ditambah jadi seminggu lebih. Nasib baik klas tak banyak, sbb dah nak dekat ngan exam. Tujuan aku balik, macam aku ada habaq dalam post sebelum ni, aku nak tolong ayah aku meniaga kat karnival ‘Gegar Ria’. Macam2 prangai yang aku nampak kat karnival tu, macam yang aku cerita kat dalam post Karnival Gegar Ria.

Kalo sapa2 penah ternampak ada satu video yang dipost dalam Facebook, video pasai puting beliung yang dirakam kat Perlih, benda tu mmg betoi. Ribut tu jadi tiga hari sebelum banjir. Aku tak tgok puting beliung tu live dpan mata, tp dari pencerita2 bebas kat Perlih, ramai yang cerita. Aku tgok video tu pon terkejut, puting beliung yang sangat besaq, dirakam atas langit sblum benda tu trun kat bumi Perlih dan musnahkan banyak harta benda. Kalo hampa penah tgok puting beliung kat America, macam tu la lebih kurang. Bentuk puting beliung tu cantik, besaq di atas, tirus kat bawah.

Aku bkan nak cerita pasai pengetahuan am aku pasai puting beliung. Aku bkan la seorang pengkaji kejadian alam yang obses. Apa yang aku rasa, puting beliung tu adalah amaran dari Allah S.W.T. Kalo kita tgok balik, puting beliung tu jadi 2 hari sebelum karnival ‘Gegar Ria’ yang menarik banyak orang untuk berkumpul kat majlis yang lagho ataupun melalaikan. Walaupun camtu, orang tetap tak endah amaran tu, tetap p tempat camtu. Then shari lepas karnival tu, jadi plak banjir trok. Kalo kita ada akai, kat sini kita dah bleh nmpak. Puting beliung tu amaran untuk halang orang p karnival ‘Gegar Ria’, tp orang still ramai p. Then banjir tu mcam akibat dari banyaknya kerosakkan akhlak kat karnival tu.

Tu adalah dari apa yang aku rasa ja. Tak semestinya betoi. Sbb setiap dari kejadian atau bala yang Allah S.W.T turunkan, pasti ada hikmah sebaliknya. Kita ni sebagai manusia mesti cuba untuk cari hikmah. Maybe jugak ngan banjir tu hikmah untuk aku berada lebih lama kat Perlih, sbb time kat Perlih, banyak gak benda jadi yang bagi aku idea2 baru untuk menulih. Nnt aku try ulas dalam post2 aku yang seterusnya.

Aku dah selamat sampai kat KL, insyaAllah lepas ni aku akan menulih mcam biasa.

-Shafshar-

p/s : Mintak maaf sbb lama x menulih.

, , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: