Kebanjiran!

Assalamualaikum W.B.T

Mcam mana yang hampa tau, kampung aku kat Perlih dan banyak lagi negeri lain macam Kedah dengan Kelantan dilanda banjir yang agak terok, berterusan smpai nak dekat seminggu. Banjir ni diklasifikasikan sebagai salah satu bencana alam yang bleh memusnahkan. Bila banjir, barang2 yang x dan nak diangkat selalunya akan rosak. Kayu almari reput, kalo besi akan karat, barang2 elektronik tu orang kata xyah cerita la. Dah bleh order baru kalo xdan nak diselamatkan.

Banjir gak bleh bawak angka korban yang tinggi. Kalo kat negara lain macam China ataupun Vietnam, sungai depa sangat-sangat besaq and arus laju. Aku bersyukur sbab ayaq kat Perlih just tinggi, tapi tak deras. Aku tgok berita kat television, kat China saja berapa ratus orang mati sbab banjir ni. kat Perlih tak salah aku 2 orang, kat Kedah berpuluh jugak rasanya. Ayaq banjir gak akan bawak bermacam2 benda yang kotoq, contohnya najis dengan bangkai. So bagi aku, ayaq banjir ni najis. Bermacam penyakit bleh menyerang waktu banjir ni. Taun, demam, kepialu, keracunan makanan, dan lain lagi.

Banjir ni gak bleh sebabkan sarang2 binatang hanyut. Binatang2 ni aku tak brapa suka nak sebut, bahaya. Antaranya ulaq, kala jengking, lipan bara, dan banyak g binatang2 berbisa yang len. Member aku sendiri penah terpijak ulaq time dalam ayaq, Alhamdulillah tak kena patuk. Aku pon rasanya terpijak binatang, tp aku xtau sama ada katak atau ulaq atau belut. Alhamdulillah aku tak kena apa2.

So kat orang2 yang diluaq sana yang x penah rasa banjir, jangan penah skali anggap banjir ni sronok.  Jangan sbab adanya ayaq, kita bleh anggap banjir ni macam Taman Tema Desa Water Park, bleh berenang dan meranduk sesuka hati. Aku tgok ramai budak2 kat Perlih ni, sronok stiap kali banjir jadi. Dulu tahun 2005 pnah gak jadi banjir kat Perlih, tp x seteruk camni. Ramai yang kat Perlih ni, bila banjir, sronok nak berjalan meredah banjir. Aku berjalan meredah banjir sbab aku ada keja, bukan untuk seronok. Aku tolong angkat barang rumah mmber aku yang terok rumahnya masuk ayaq. Banjir bukan masa untuk berseronok.

Ruginya isi rumah time banjir ni, tnyalah mangsa2. Ada yang rosak barang2 depa, ada yang rugi stock makanan, ada yang hanyut duit simpanan, baju2 rosak. So time banjir ni orang kata, hidup susah. Makanan pun susah nak dapat. Kedai tak banyak yang bukak.  Kalo kita ada harta lebih, dan mampu, banjir adalah masa yang sesuai untuk kita bersedekah sesama kita. Banyak orang yang kena pindah kat tempat pemindahan mangsa banjir(selalunya kat sekolah2), hidup sangat susah. Makanan mmg susah nak dapat. Kalo dapat biskut kering time tu, dah rasa sangat-sangat-sangat sedap.

Ok ni part yang serius. Time banjir ni kita bleh nmpak pemimpin2 mana yang ‘berjiwa rakyat’ akan try untuk tolong mangsa2 banjir ni. Aku bkan nak cerita pasai politik, aku tak suka cerita pasai politik. Tapi kat sini kita bleh nmpak, pemimpin yang mana yang baguih. Kalo ada pemimpin yang trun padang pon, dibelakang pemimpin tu ada lensa2 kamera dan wartawan yang menunjukkan betapa ‘prihatin’nya pemimpin tu. Aku bkan reka cerita. Benda ni btoi2 jadi, aku bleh bawak saksi2 kat psat pemindahan tu. Dan ada sorang pemimpin perempuan yang agak terkenal, trun padang time tu. Ada seorang hamba Allah ni, trus sound pemimpin tu. Aku tak tipu, sbab hamba Allah tu adalah ayah aku sendiri. Ayah aku kata “setakat mai sbab ada wartawan nak buat apa, kami sini dah 2 hari makan x ckup, letrik xdak, ayaq xdak, budak2 teriak sbb lapaq! Ni lagi satu menteri ******* saja, tp tak buat keja, ada orang atas trun baru terhegeh2 nak mai.” Direct ayah aku sound.

Satu lagi yang aku nmpak time banjir ni, persatuan2 China dan Buddha yang banyak bantu mangsa banjir. Persatuan ni yang bawak lori meredah ayaq banjir, bagi ayaq kotak dan makanan2 ringan, untuk diagihkan kat mangsa banjir. Aku mmg tak bohong, benda ni jadi depan mata aku. MANA PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU TIME TU? Aku xtau kat tempat lain, tp tu la hakikat kat Perlih. Xyah cerita, baik dari parti kerih, bulan terang, or dua bulan sabit, aku xnmpak satu pon pertubuhan Melayu tolong dengan ikhlas waktu tu. Aduh, aku sendiri pon terkejut. Aku tak sangka macam ni punya ‘kedekut’ pertubuhan Melayu kat Perlih ni. Mana orang2 kaya kat Kangaq, takkan satu pon xdak yang nak beramal jariah?

Aku menulih bkan aku nak menyalahkan orang Melayu, tapi aku harap lpas ni kalo ada lagi bencana alam yang jadi, aku nak tgok muka2 Melayu yang dok bagi makanan kat mangsa2, tak kisah la mangsa banjir, mangsa kebakaran, mangsa tsunami or whatever it is. Jangan just tunggu ada wartawan buat liputan baru terhegeh2 nak meranduk ayaq banjir, semata2 nakkan nama. Orang2 camtu adalah orang2 yang HIPOKRIT. Mintak maaf.

-Shafshar-

I’m Back, With a Shout!

, , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: