Isteri Curang

Assalamulaikum W.B.T

Baru2 ni aku tgok video dalam blog mmber aku, pasai kes bini orang curang dan buat maksiat dengan laki lain, then kantoi. Aku tgok video tu aku rasa takut. 2 benda yang buat aku rasa takut. 1st skali aku takut bini aku nnt buat benda camtu lepas kawin ngan aku, then satu lagi aku takut laki yang buat maksiat dengan bini orang tu adalah AKU. Nauzubillah. Ya Allah, jauhkanlah aku dengan bakal isteriku dari buat benda2 terkutuk camtu. Seriously aku mmg sangat-sangat-sangat risau.

Kes pasangan curang ni dah banyak dah jd, tp aku rasa hari ni aku just nak ckap pasai pompuan yang curang. Curang ni bleh la aku kata sebagai cari lelaki lain sekiranya dah ada suami(untuk perempuan). Kita xleh just nak salahkan pompuan smata2 dalam masalah ni. Sbb dalam rumahtangga, 2-2 pihak ada tanggungjawab masing2 untuk kekalkan hubungan dan tak cari lain.

Bkan apa aku teringat nak menulih bab ni, takut la nnt orang kata aku gatal and bercerita pasai masalah kawin, padahal aku sendiri pon tak kawin lg kan? Ya, sbb aku dan kebanyakkan yang mmbaca ni tak kawin lagi la aku nak suarakan pendapat aku. Kalo dah kawin, and dah jadi curang tak guna dah. Nak blasah laki yang buat maksiat dengan bini kita pon dah xdak apa2 effect, benda dah jadi. So sebelum jadi, elok la kita try untuk elak dari awai.

Artikel ni aku rasa aku tujukan untuk laki, tapi kalo pompuan nak baca, no problem. Ok pada kaum2 sejenis aku, kita kalo nak cari bini ni elok la pilih yang terbaik, sbb bini ni yang akan jadi teman hidup kita sampai mati, insyaAllah. Rasulullah dah pesan, kalo nak cari isteri, cari la yang ada elok asas agama, sbb kalo elok agama maka elok la yang lain2, insyaAllah. Sabda Rasulullah : “ Dapatkan wanita yang beragama, (jika tidak) nescaya engkau akan rugi ” (HR.Al-Bukhari dan Muslim).

Kalo lawa macam model pon, kalo prangai tak elok pon xleh gak. Tp amat beruntung kalo bleh dapat bini yang lawa, and ada asas agama yang baik. Bila ada asas agama ni, snang sket nak jaga. Fikiran akan jd lbih rasional kalo kita tgok balik dari sudut agama, mana yang betoi and mana yang salah. Isteri yang ada asas agama akan cuba untuk berubah kalo ditegoq oleh suami, trust me. Tapi kalo pompuan yg xdak asas agama, bila kita tegoq mesti akan melenting(selalunya).

Dari satu hadis Rasulullah lagi, yang agak terkenal dan ramai penah dengaq. Kalo nak cari isteri, ada 4 kriteria, “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya,dan kerana agamanya, lalu pilihnya perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”(Riwayat Abu Hurairah)

Kalo kita(lelaki) bleh dapat wanita camni untuk jadikan sbagai isteri kita, aku pecaya wanita ni akan jadi isteri kita kat dunia, dan insyaAllah, bidadari kita kat Akhirat.Kalo sapa2 jumpa wanita yang ada ciri2 camni, tolong contact aku cpat. Aku akan masuk meminang dia dengan kadar segera. Haha. Aku serious ni.Tp ada satu ayat yang penah aku dengaq, bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat jugak. Hurmm. Risau plak aku, aku ni bkannya laki yang baik pon. Kalo Allah dah tentukan jodoh, sapa la aku nak melawan takdir?

So bila dah kawin, kita cuba asuh isteri kita untuk jadi isteri yang baik. Control depa so tak jd kes queen control dalam umah tangga. Control dalam maksud aku ni bkan dengan tangan dan penampaq, tp control depa dengan cara hikmah. Nasihat kalo isteri kita buat salah, cakap dengan lemah lembut tp tegas, and percaya kat isteri kita. Jangan cemburu membabi-buta(maaf, agak kasaq, tp sesuai rasanya) sbb kalo kita terlalu cemburu, slalunya akan jd masalah. Bleh nak cemburu, xdak masalah, tp ada batasnya. Jangan la sbb bini kita call apek kedai runcit suruh antaq gas pon kita nak cemburu. Bg logik sket la kan. Kalo isteri kita bercakap telefon sejam dua dengan sora yang mendayu tu, ha mcam tu bleh la cemburu.

Incase la kalo jadi benda curang ni, and kantoi(katakan la), jangan ambik tindakan bodoh dengan membelasah laki tu saja. Benda xkan jadi kalo sebelah pihak ja nak. Tangan xkan bunyi kalo ditepuk sebelah. Try untuk bincang dulu, cari jalan penyelesaian. Kalo si pompuan ni btoi tergila2kan laki tu, ceraikan bini kita tu. Lepaskan dia, sbb kalo dia stay ngan kita skali pon, tak tentu dia akan bahagia. Silap2 benda yang sama akan jadi lagi. Aku seriously sangat takut kalo benda ni jadi kat bini aku. Aku tkut aku xleh nak control rasa marah aku. InsyaAllah, aku akan try untuk didik future wife aku tu, untuk elak benda2 camni.

Laki plak jangan jd dayus, jangan biaqkan bini kita jd center of attention dengan biaqkan bini kita pakai cantik2 kat tempat keja, takut ada ladi tergoda dengan dia. Sbb kalo pmpuan kluaq, akan ada syaitan yang ikut dia untuk menarik laki. Biaq la bini kita tu just pkai cantik2 untuk kita saja. Apa lagi dengan biaq bini kita jd penyanyi atau pelakon atau model yang blehkan laki tngok dia dengan jelas. Kalo kita biaq camtu, kita akan masuk neraka sbb kita biaqkan bini kita camtu. Dayus!

Ok la, aku nak p men futsal sat, kat Perlih aku hidup dengan main futsal ja, haha. Ptg futsal, malam futsal. Xpa la, bkan slalu balik pon.

-Shafshar-

Rujukan :

http://pakarhowto.com/teknik/panduan-memilih-pasangan-hidup-calon-isteri.html/comment-page-1

 

 

, , , ,

  1. #1 by Norman on September 21, 2011 - 11:01 pm

    Itulah kalau suami beri kebebasan pada isteri. isteri pakai baju ketat yg menampakkan susuk tubuh suami tak larang. Percaya bahawa isteri terlampau sangat. Isteri pakai make up tebal pergi kerja. Tambahan lagi kalau isteri cantik, Suami kena ambil perhatian. Mcm kawan saya, isterinya memang cantik, byk kedengaran bahawa isterinya ada skandal dgn lelaki tempat kerja, Apabila diberitahu, kawan saya ni masih tak percaya. Kami pernah nampak isterinya di hotel, sedangkan kawan saya di tempat kerja, masih kawan saya tak percaya. Dayus sungguh kawan saya ni. Akhirnya terpulang kepada kawan saya nak percaya atau tidak.

    • #2 by Shafshar on October 5, 2011 - 9:46 am

      Macam ni la bro, zaman sekarang dah tak macam dulu… dulu bleh la, isteri selalunya taat kat suami.. sekarang dah zaman’perempuan berkerjaya’, tambah kalo isteri tu lagi tinggi pangkat dari suami, maunya naik pijak kepala suami.. macam ni lah, bab kawan awak tu, awak terus ja report kat pjabat agama kalo nmpak isteri dia kat hotel dengan laki lain, time tu mungkin suami dia akan pecaya bila isteri dia ditangkap khalwat.. tp kalo taknak kejam lg, hp awak ada camera kan? amek picture yang bleh dijadikan bukti kukuh, so bila kawan awak tu tengok, dia tak bleh nak tolak lagi dah kebenaran yang isteri dia curang.. ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: