Tumbuk Ibu Sampai Koma

Assalamualaikum W.B.T

Ni adalah 1st time aku menulih masa dalam bas untuk balik p kampung. Aku bkan apa aku tak sabaq2 nak menulih, sbb aku dah lama x selak paper. Maksud aku suratkhabaq original, bkan online pnya. Kata orang, baca suratkhabaq kertas lg feel dari baca kat dalam computer. Aku stuju, mmg rasa lg puas baca newspaper original. Sementara nak tunggu bas aku smpai kat platform, aku pon selak la selai demi selai. So macam biasa, dah dkat ngan pilihanraya Galas, banyak la cerita pasai kelebihan calon2, jentera pilihanraya dan bla-bla-bla. Tak menarik perhatian aku sangat.

So aku pon pindah p bahagian sukan. Dari cerita badminton smpai bola English Premier League, cerita2 biasa ja. Bak kata orang, expected dah crita2 mcam tu. Aku pon selak la p kat segmen yg paling aku tak minat, segmen setempat. Bosan la. Then aku tengok tajuk satu2, sbb dari tajuk bleh tarik minat nak membaca. Tiba2 mata aku bernampak satu tajuk yang buat aku terkejut. “TUMBUK IBU SAMPAI KOMA”.

Wah! Melampau gila! Truih menyirap darah aku, aku pon baca la berita tu. Muka rasa panas, mata rasa berpinar. Aku baca satu2 isi berita tu, rupa-rupanya si laknat tu tumbuk muka mak dia sbb mak dia lambat urus hal kawin dia. Owh, tak sabaq nak kawin rupanya laknat tu. Dia tumbuk tak banyak, skali ja. Tapi dia tumbuk agak kuat, mak dia terjatuh n tersembam kena meja. And mak dia koma. Ang terbaik la makhluk wei! Kalo ang dok depan aku la ni, mmg merasa plak la ang dengan penumbuk aku. Tp mintak maaf, bkan skali, tp banyak kali.

Kalo hari tu aku cerita pasai Mak Ayah Derhaka, hari ni aku nak cerita plak pasai anak derhaka. Anak derhaka ni aku rasa xyah nak crita banyak2 pasai description dia, sbb bnyak benda yang bleh jdkan kita derhaka kat mak ayah kita. Dari sekecik2 ayat ‘Ah’ smpai la kes tumbuk mak ayah, derhaka ni bleh buatkan kita tak bau syurga. Tambah2 kalo derhaka dengan mak kita sndiri. Kalo kita buat mak kecik hati ja pon dah ckup, slagi mak kita tak maafkan kita, jadi la kita manusia yang laknat.

Yang bestnya, dalam berita kat atas td tu, dia tu tumbuk mak dia sbb mak dia lmbat arrange dia pnya perkawinan. Manusia jenis apa la camtu. Xtau la kot waktu tu dia dalam pengaruh benda2 tak elok macam dadah atau arak, tp benda yang dia buat tetap xleh dimaafkan. Ok, tau la ang nak kawin, nak bina masjid. Benda baguih tu. Tp yang ang p tumbuk mak ang buat apa? Ang xtau ka betapa besaqnya dosa sorang anak derhaka?

Dah la si mak tu yang lahirkan dia kat dunia, besaqkan dia, jaga dia smpai bleh kawin. Dia dengan tenang bagi ‘penghargaan’ camtu kat mak dia. Patut ka camtu? Then satu lagi, dia tu laki, bkan pompuan. Kalo pompuan, lepas kawin dia mesti taat kat suami dia, bkan mak ayah dia lagi dah. Kalo laki, hubungan dengan mak ayah ni kekal smpai ke mati. Igt la sket. Wajib untuk dia jaga mak dia bila mak dia dah tua nnt. Tp kalo time nak kawin dah bleh buat camtu, rasa2 nnt mak dia dah tua dia nak jaga ka? Mmg dasar tak kenang budi betoi la.

Aku sambung aku pnya topik ni lpas aku bangun dari tidoq. Lebih kurang sejam lebih lg sampai la aku kat Perlih kg kesayangan aku. Aku balik pon ada hal, sbb aku cuba nak jd seorang anak yang baik kat mak ayah aku. Ayah aku mintak aku tolong dia meniaga ujung minggu ni, untuk karnival ‘Gegar Ria’. Apa la sangat aku tolong ayah aku bekerja, dari kecik dia banyak korban untuk aku dah. Jasa ayah kat aku banyak sangat, tambah2 time aku nak masuk kolej.

Kita sambung balik bab si laknat yang tumbuk mak dia td tu. Dari apa yang aku baca, kalo ikut bidang penghakiman kat Malaysia ni pon, dia just kena 7 tahun penjara. 7 tahun sahaja. Mcam tak berbaloi ja. Kalo aku jd hakim, hukuman xyah lama. Hiris kulit dia depan khalayak ramai, then perah limau kat luka2 tu. Pergh! Baru best. Biaq dia rasa sndiri pedihnya hati mak dia tu. Biaq menusuk dalam kalbu dia. Tak pon, ambik tangan mana yang tumbuk mak dia, masukkan dalam mesin buat ayaq tebu. Baru dia bleh nmpak mcam mana hancoqnya perasaan mak dia bila dia buat camtu.

So kepada orang2 yang baca post ni, tolong la, hormat mak ayah kita. Jangan jd macam si Tanggang, kena sumpah jd batu sekupang xleh duit. Kita sebagai anak, kalo kita sebut pekataan ‘Ah!’ pon kalo mengguris hati mak ayah kita, time tu la kita jd anak derhaka. Post ni aku fokuskan derhaka kat mak sebenaqnya. Sebab aku tak sangka, laknat tu sanggup tumbuk muka mak dia yang tak berdaya. Cuba tumbuk muka aku, maybe aku bleh la blas balik. Ni tumbuk muka sorang pompuan yang confirm2 lg berumoq dari dia, mak dia sendiri plak tu.

Lepas kita cintakan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W, kita mesti cinta mak kita TIGA kali. Lepas tu baru la ayah kita.Kat situ kita dah bleh nmpak betapa mak ni jauh lagi pnting. Sbb mak yang melahirkan kita. Doa mak ni selalunya diperkenankan Allah S.W.T. Murka seorang mak jugak adalah kemurkaan Allah. Kalo ibu tak maafkan kita smpai bila2, maka tak bau syurga la jawabnya. Kdang2 aku rasa orang yang dah kehilangan mak dengan ayah dia dari kecik ada kelebihan depa. Orang2 ni, tak banyak dosa dengan mak ayah depa. Maybe depa ni tak sempat nak bercakap lg dengan parent depa. Orang2 ni tak sempat nak tengking mak ayah depa, tak ketaq kepala tahan marah kat mak ayah depa, tak sempat nak hempas pintu kalo marah kat ayah mak. Oh! Berdosanya aku.

Aku dulu zaman kecik2 kalo tak dapat apa yang aku mintak pon kdang2 aku hempas pintu. Tp aku xdak la smpai thap nak tengking, sbb kalo aku tengking, rasanya aku akan kena trok dengan ayah aku. Ayah aku garang wei! Biasa la, waktu tu tak baligh lg, jiwa rasa nak memberontak. La ni aku dah tak camtu. Aku dah sedaq pentingnya kasih sayang mak ayah. Xdak depa bermakna xdak aku kat dunia. Aku bersyukur ada depa dalam hidup aku.

Banyak lagu kalo nak describe pasal mak ni, tp aku rasa yang paling sdih adalah lagu Mother – Sami Yusuf. Pergh! Dia pnya lirik, orang kata kalo dengaq tu, bleh meleleh la ayaq mata. Dengan suara Sami Yusuf yang mendayu2, mmg menusuk kalbu la. Ni aku letak sket lirik dia. And aku rasa elok hampa try tgok lirik yang bahasa arab tu, lagi sedih. Seriously, lirik dia mmg menusuk kalbu.

Now I’m alone feeling so much shame,

For all these years, I caused you pain,

If only I could sleep in your arms again,

Mother I’m lost without you..

You were the sun that brightened my day,

Now who’s gonna wipe my tears away?

IF ONLY I KNEW WHAT I KNOW TODAY

Mother, I’m lost without you.

Tu la sket2 antara lirik lagu Mother oleh Sami Yusuf. Alhamdulillah, bas aku pon dah nak sampai dah, aku tunggu mmber aku untuk mai ambik aku sat. Tak sabaq nak jumpa Mak dengan Ayah aku. Hormatilah mak dengan ayah kita sementara depa masih hidup. Pada sapa2 yang dah kehilangan, sedekahlah doa dan amalan untuk depa, sebab doa dan amalan kita still bleh sampai walaupun depa dah meninggal dunia.

-Shafshar-

Rujukan : Harian Metro 27/10/2010

*Mintak maaf sbb lmbat post, topik ni dah siap lama, tapi thanks kat broadband aku, lembab gila..

, , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: