Family First

Assalamualaikum W.B.T

Bila dah balik kg ni aku rasa mcam best gila. Ya la bkan snang aku nak balik kg. Perlih ngan KL jaraknya lebih kurang 450 KM. Kalo naik bas, macam2 gaya tdoq bleh dipraktikkan. Bersandaq, mengiring, duduk, angkat kaki, mmg complete. 7 jam beb, aku dah bosan dok dalam bas. Tp bila smpai, feeling dia lain. Rasa best. Sbb apa, sbb aku bleh jmpa family aku.

Aku hari ni nak crita pasai ‘Family First’ sbb aku rasa dah kurangnya nilai kluarga zaman la ni. Tp aku x kata semua, hanya sesetengahnya. Baik,mcam mana yang kita tau, you can choose your friends or wife(ves), but you can’t choose your family. Semua stuju kan? Baguih.Allah S.W.T dah tentukan sapa keluarga kita, sapa mak kita, sapa ayah kita, sapa adik kita. Macam aku anak sulung, so aku xdak abg n kakak. Aku tak rasa rugi, sbb aku tau Allah dah tulih dalam kitab-Nya iaitu Loh-Mahfuz. Untuk keterangan lanjut pasai Loh-Mahfuz ni, sila search di search engine berhampiran.

Zaman la ni aku perhati, institusi kluarga dah makin renggang. (cewah ayat) Hubungan antara ahli kluarga makin jauh, sbbnya adalah aku rasa dari kecik mmg tak diajaq untuk rapat dengan kluarga. Dari kecik dah dihantaq ke pusat didikan budak2, taska dan sbgainya.  Ada jugak yang ubah bibik dari Indon untuk jaga anak depa. Last2, si anak tu lagi manja dengan pengasuh dia smpai tak knal mak dia sndiri dah. So mentality dari kecik dah diset camtu.

Zaman la ni adalah zaman ‘wanita bekerjaya’. Salah ka? Tak salah, malah lg baguih sbb bleh tmbah pendapatan kluarga. Tp jangan la smpai lupa langsung tanggungjawab kat anak2. Sbb budak2 ni time dia membesaq tu otak dia berkembang. Ni kalo keja pagi, balik malam pon tak elok jugak. Mak aku pon bekerja, tapi tak penah plak dia lupa tanggungjawab kat kami adik bradik. Wanita tak wajib cari nafkah untuk family, tp harus, kalo suami sndiri bagi kelepasan. Kalo suami tk bg, hukumnya haram.

Ayah pon kena main peranan dalam didik anak ni. Pada kaum lelaki terutamanya aku, jgan lepas truih tanggungjawab kita kalo kita jd ayah. Jangan tak ambik peduli langsung, pantau anak2, nasihat, n rotan kalo perlu. Eceh, aku macam dah ada anak plak. Haha. Xpa sama2 kita blajaq untuk jd ayah yang baik.

Kalo kita lupa tanggungjawab kita kat anak, scara automatik anak tu akan jd jauh dari kita. Percent untuk si anak ni jd anak yang derhaka dan tak dengaq kata jugak tinggi. Rasulullah S.A.W adalah pemimpin semua umat Islam kat zaman baginda, tp baginda bg kasih sayang kat anak2 baginda. Apa la sangat kita ni yang setakat keja jd kuli bawah orang, ataupun bukak bisnes kecik2, xkan xbleh nak jaga anak?

Kat atas tu aku crita pasai hubungan mak ayah dengan anak. Macam mana plak kita dengan adik bradik kita? Kita kena jaga relation dengan adik bradik. Macam aku, aku bkan nak kata, tp aku sayang adik2 aku. Aku try untuk tngok2 depa walaupun aku dok jauh. Aku rasa aku bleh jd abg mithali, tp xtau la apa plak pndangan adik2 aku kat aku. Adik aku yang bwah setahun dari aku tu, dari kecik mmg asyik bergadoh dengan aku. Dah smpai tahap bertumbuk dah la senang crita. Waktu kecik mmg tak pkiaq banyak, tp bila dah besaq dengan sndirinya akan jd rapat. Otak dah matang, pkiran dah dewasa.

Aku tak suka kalo sesetengah orang lebihkan kawan2 dari family dia sndiri. Aku tak nafi, kawan2 mmg penting. Tp kita kena tau, bila kita jatuh terduduk, kawan2 tak semestinya akan ada kat sebelah kita.  Slalunya keluarga akan lebih setia dari kawan2. Kawan2 bleh buang kita, tp family jarang. Bkan xdak, ada kes dibuang dari family, tp susah la nak cari. Aku rasa kawan2 aku semuanya ada family yang elok. Bkan jenis yang buang anak sndiri. Tp macam mana buruk skalipon depa tu,depa tetap family kita.

So apa2 pon, nasihat aku, dalam apa2 benda skalipon, lebihkan family sendiri dulu, baru kawan2. Try to build a great relation with your family. Sbb kita kenai family lagi awal dari kenai kawan2. Jangan bila depa dah xdak baru kita nak menyesal, tak guna dah menyesal waktu tu.

Aku nak kluaq makan dengan family aku sat. Hehe.

-Shafshar-

P/s : Mintak maaf, aku agak bz kat Perlih, dengan connection internet xdak, so isi aku tak brapa padat sbb susah nak cari rujukan. And hari ni aku hanya sempat tulih satu post, aku banyak keja sket hari ni.Sorry.

 

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: