Apa Lagi Yang Halal Untuk Aku?

Assalamualaikum W.B.T

“Mencari yang Halal adalah fardhu bagi umat Islam”

Ayat di atas ni mmg slalu kita dengaq, sama ada kat iklan ubat gigi buatan orang Islam ataupon kat mana2 kongres halal kat Malaysia. Fardhu kat atas ni bermaksud, wajib. Kalo tak buat, berdosa. Sama jugak jenis mcam amalan fardhu contohnya solat, puasa, zakat dengan haji (kalo mampu), dan lain2. Jangan plak kita anggap tagline tu hanya nak bagi produk2 tu laris, mmg kita sbagai umat Islam, WAJIB cari yang halal untuk kita guna.

Takrif halal ni bnyak, bkan just makanan smata2. Benda2 yang haram akan jd tak halal scara automatik. Tp kalo kita ragu2 ataupon syubhah, eloknya jangan guna ssbb mungkin benda tu haram. Bak kata iklan Safi, “gunakan tanpa was-was”. Benda yang haram ni kita dah tau, yang pling utama adalah khinzir(babi) dan arak. Simple. Tp kita kena tau gak, binatang yang disembelih bkan atas nama Allah S.W.T gak haram diguna. Bkan just makan ja, segala unsur dari binatang tu gak haram.

Unsur ni kita bleh la kira macam contohnya lemak. Kalo contoh satu produk ni pkai lemak binatang, kalo dikilangkan di luaq negara, eloknya xyah guna. Bleh timbulkan keraguan yang benda tu haram. Tak x disembelih ikut syariat Islam. Zaman skarang ni mmg bnyak sngat benda2 yang pkai unsur binatang ni, TERUTAMANYA KHINZIR@BABI. Mintak maaf kalo bahasa aku kasaq sket, tp bab2 halal ni jangan main2. Sbab kalo dimakan, benda tu akan jd darah daging kita.

Satu hari yang indah tu, budak rumah aku tunjuk la satu laman web yang dibangunkan oleh orang Islam Melayu (kot), sbb content dalam web tu hampir semuanya dalam bhasa Melayu. So xpa la, aku pon bkak la. Laman web tu adalah halalguide.org, bnyak info pasal status halal barang2 yang kat Malaysia, ada jugak produk yang aku tak penah dengaq, produk luaq negara kot rasanya. So xpa la, aku belek la satu2 produk2 tu. Antara barang yang sinonim penah kita pakai, mcam ubat gigi Colgate, sabun Palmolive, bla-bla-bla. Ada la 2-3 barang dari syarikat Colgate-Palmolive yang disahkan tidak halal untuk digunakan sbb terdapat unsur2 binatang.

So takpa la, sbb ubat gigi Colgate aku dah lama x pakai, tp pnah la. Sbb waktu tu xtau lg yang ubat gigi tu haram, sbb dari apa yang aku dengaq dari ustaz-ustaz, kalo xtau xpa, bleh dimaafkan. Tp kalo dah tau, haram guna. Dah sbulan lpas tu, aku pon teruihkan hidup macam biasa. Aku slalu guna sabun Protex Ice Cool kat umah, sbb sabun tu bleh sejukkan badan, rasa mcam menthol2 sket. Best la, and aku yakin sabun tu halal. Ada satu pagi tu, aku nak mndi. Waktu tu dalam pkui 6 pagi kot, aku pon bkak la shower untuk basahkan badan.

Aku pon ambik la sabun favourite aku, Protex Ice Cool tu. Tah tiba2 aku teringin nak baca tulisan kecik2 kat blakang botol sabun tu. Aku tersentak, rasa terkejut gila. Nak tau sbb apa? Company yang kilangkan sabun tu, COLGATE-PALMOLIVE. Ya Allah, sabun yang aku dok pakai selama ni haram ka? Aku melengung dalam blik ayaq dekat setengah jam jgak, pkiaq lama. Rasanya jarang aku dok dalam blik ayaq lama camtu. Aku mandi sat ja, 10 minit settle. Aku dah mati akai, last skali aku nekad, mandi tak bersabun pagi tu. Dah setel mandi, aku truih mengadap internet untuk search pasai benda ni.

So dalam halalguide.org tu, produk yang ditulih tu ja haram. Even kalo pengeluaq dia sama, untuk produk lain, tak haram. Sbb bkan semua barang ada unsur haiwan. Aku teruih terang, aku lega gila. Aku igt nak kena tukaq sabun dah. Sbb sabun tu best kot. Hahaha. Aku masih yakin sabun tu halal. Aku dah habih search and aku tak jumpa evident yang kata sabun Protex haram. Alhamdulillah.

So aku suggest kat hampa semua, masuk la halalguide.org, tgok la kot2 ada barang yang kita dok pakai sehari2 tu sebenaqnya haram, kita xtau. And depa ni kaji bkan main2 pnya, kajian depa mmg btoi2. Sbb hkum mengharamkan yang halal, sama dosanya dengan menghalalkan yang haram. Sendiri mau igt la komitmen depa kan?

Tp ada lagi satu keraguan, aku penah terbaca satu artikel yang kata kasut yang dibuat dari kulit babi BOLEH dipakai oleh orang Islam, dengan syarat kena samak macam samak kulit binatang lain. Yang tu aku xtau la, tanya la yang lagi arif dan pakar dalam bidang ni, ok?

Eh aku nak tidoq ni, sebelum tidoq nak mandi dulu, pakai sabun PROTEX ICE COOL. Haha. Kasi iklan sikit.

-Shafshar-

Rujukan : http://halalguide.org

 

 

, , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: