100-Storey Mega Tower

Assalamualaikum W.B.T.

Aku xtau la apa masalah aku ni,hari ni aku tertidoq ptg. Tp aku tdoq dari pukui 2, smpai la 6.30. Aduih, aku sndiri dah langgaq nasihat aku sndiri dalam post tajuk Bestnya Tidoq Petang. Lpas ni aku kna try lg untuk tak tdoq petang. Bkan apa, aku igt nak tdoq barang sejam dua ja. Tp hujan plak mencurah2 ke ladang gandum, buatkan badan aku lemah nak lawan rasa ngantok. Sjuk semacam ja.

Baru2 ni dalam Facebook heboh crita pasai Yang Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak nak naikkan bangunan 100 tingkat, iaitu menara Warisan Merdeka yg akan makan kos sbnyak 5 BILLION.  Ya that’s rite everyone, RM5,000,000,000. Bkan Rupiah,bkan Rupee, bkan Baht atau lain2 matawang yg lagi kecik nilai dia dari Ringgit Malaysia. Kalo kita convert p USD, dia akan jd $1,614,204,959.31. Kalo dalam Pound Sterling, nilainya sama dengan lbih kurang 1 Billion. Angka yg bleh majukan satu negara yang baru nak membangun.

Aku bkan la nak condemn Dato’ Sri Najib, aku xmau la nnt orang kata aku melawan kerajaan. Aku xsuka masukkan politik dalam blog aku. Blog aku bkan blog politik. Kalo aku nak tulih pasai politik, dari post 1st lagi aku dah sembang pasai politik. Dak, blog aku pasai apa yang aku rasa perlu aku tulih, dan apa yang ada dalam otak aku.

Bila aku tgok ada group kat Facebook ditubuh untuk ajak orang ramai bntah projek ni, aku tanpa rasa apa2 dalam hati, truih sokong group tu. Cadangan nak bina satu bangunan yg tinggi, kos plak makan banyak, ada bguih dia. Pluang pekerjaan untuk pekerja2 contract bertmbah, sbb kalo bngunan camtu aku rasa makan banyak pekerja untuk nak bg siap. Dunia plak akan tumpu kat Malaysia, ramai tourist mai melancong Malaysia sbb tertarik dengan bangunan2 tinggi kat sini. KLCC, KL Tower dan Menara Warisan.

Tp masalahnya skarang ni Dato’ Sri, effect buruk lg bnyak. Kos 5 Billion tu bleh kita guna untuk majukan banyak benda lg. Banyak lg kawasan2 miskin kat Malaysia ni yang bleh kita bgunkan. Kalo guna modal tu untuk bina sekolah kat kawasan2 pendalaman lg banyak faedahnya. Ataupon duit tu guna untuk tolong penduduk2 miskin kat Malaysia, so semua orang bleh nikmati hidup sama rata. 5 Billion wei, banyak tu. Xpon bg sponsor untuk peniaga2 baru nak establish, tak rugi rasanya.

Pembinaan bngunan tinggi adalah antara tanda2 kiamat. Even ada hadis Rasulullah tentang tu. Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.  (Hadis Riwayat Muslim)

So kat sini kita bleh conclude, orang2 miskin tu adalah kita, Rakyat Malaysia. Cuma bezanya, kita tak berjalan tnpa kasut, kita masih  ada baju, dan kita tak gembala kambing. Aku rasa tu hanya kiasan dari Rasulullah. Ya la, kita tetap miskin, ramai lg penduduk Malaysia yang miskin. Tp miskin kita miskin cara Asia, yang disebut dalam hadis kat atas (aku rasa) miskin cara Arab. Mmg ada sesetengah tempat, pnduduknya tak berbaju atau berkasut, tp susah nak jumpa. Tp basically, kita masih miskin.

Malaysia bkan la antara negara2 kaya kat dunia ni. Malaysia takleh nak lawan kekayaan Arab Saudi, Iraq, Amerika Syarikat dan banyak lg negara2 minyak lain, tp Malaysia antara negara yang bina banyak  bangunan tinggi. Negara2 Asia Tenggara lain mana ada bina bangunan tinggi? Kalo China, betoi. Negara2 Asia Tenggara lain xbnyak bina bangunan tinggi. Aku rasa Malaysia terlibat dengan proses ‘mempercepatkan’ kiamat.

So kalo dah camtu perancangan Allah, kita sebagai hamba-Nya berserah ja la. Kalo Allah dah tentukan camtu, berdoa la banyak2. Kiamat tu akan berlaku, dan mesti berlaku.

Sokonglah Menara Warisan. Hehe. Gurau ja.

-Shafshar-

Rujukan :

http://www.pekida.org/hadis40/hadis20.htm

http://www.bellaonline.com/articles/art30007.asp

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: