Al-Masih

Assalamualaikum W.B.T,

Hari ni aku start menulih agak lmbat, slalu pling lwat pkul 1 or 2 untuk first post. Tp hari ni dkat pukui 5 aku baru mula bkak Microsoft Word. Asalkan aku sihat dan otak aku berjalan untuk menulih, kira ok la 2. Alhamdulillah. Ujung2 minggu camni, aku rasa cam nak tulih topik yang ramai orang suka. Aku nak tulih sket bab Dajjal, bkan pasai konspirasi or apa, tp bab fitnah dajjal tu sendiri.

Dajjal di panggil al-Masih Ad-Dajjal. Al-Masih bermaksud orang yang menyebarkan. Tp tugas dajjal tak sama mcam Nabi2, sbb nabi sebarkan kebaikan, tp Dajjal ni sebaq  fitnah. Dajjal adalah antara tanda2 besaq hari kiamat, Dajjal ni adalah antara ujian iman yang terbesaq. Rasulullah sendiri pnah bersabda, yang maksudnya, tak akan ada fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.

Kat sini aku bkan nak cerita bentuk tubuh Dajjal, rupa sebenaq dia, or bentuk mata dia. Tp aku nak share cara2 Dajjal menyebaq fitnah di hari pengakhiran nnt. Sbb fitnah dia ni, kalo tak kuat iman kat dada, senang2 bleh terpengaruh dengan Dajjal ni. Nauzubillah, lindungi kami dari fitnah Dajjal ya Allah.

Maybe ramai yang penah baca, yang Dajjal ni manusia biasa yang dipanjangkan umoqnya hingga hari kiamat. Dan Allah bagi banyak kelebihan kat Dajjal ni, antaranya, dia bleh bergerak laju. Ada dalam hadis yang aku x igt periwayat dia, Nabi kata Dajjal ni bergerak macam angin. Zaman ni aku rasa, kita bleh la samakan dengan kelajuan jet pejuang.  Dari satu buku gak, aku ada terbaca yang Dajjal ni bergerak mcam bumi dilipat2. Dia akan singgah dari satu kampung p kampung yang len.

Dajjal tu akan mengaku diri dia sbagai nabi. Kita dalam Islam, kita wajib yakin yang takdak nabi lagi selepas Nabi Muhammad S.A.W. Kalo kita tak caya benda ni dari awai, senang la tugas Dajjal tu nnt. Xyah nak bg ujian terok2, just dengan ngaku nabi, ramai dah termakan fitnah Dajjal ni. Antara tgh2 mata Dajjal ni, akan tertulih perkataan “KAFIR” dalam bahasa arab, tp dapat dibaca oleh semua orang Islam. Lepas tu Dajjal akan ngaku jd tuhan plak.

Then Dajjal akan buat fitnah kat kampung2 yang len. Time Dajjal ni kluaq nnt, dunia ni akan kena bencana kemarau yang pnjang. Masa ni la Dajjal amek kesempatan. Dajjal dibagi kelebihan untuk ciptakan hujan. Kampung2 yang percaya kat si Dajjal Laknatullah ni, akan subur dengan hujan dan tanaman, tp kampung2 yang tak percaya Dajjal, akan kering kontang dan susah nak dpat makanan. Waktu ni, orang2 yang tak than ujian Allah akan p kat Dajjal. Hanya orang2 yang sabaq akan dpat berthan.

Orang2 yang terpengaruh dengan fitnah Dajjal akan bleh makan makanan yang sedap2, makanan orang muslim yang bertahan adalah zikir dan selawat. Kemarau ni berlanjutan untuk beberapa tahun. Kalo tak silap aku, 7 tahun kot. Mmg lama tempoh tu, kalo kita xperthan iman kita, kita akan terpedaya dengan fitnah Dajjal, dan akan dihumban ke neraka. Masya Allah.

Lagi satu fitnah Dajjal yang aku risau, adalah Dajjal akan bawak syurga dan neraka bersama dia. Tp syurga dia adalah neraka, neraka dia adalah syurga. Kalo ada orang yang menentang Dajjal, dia akan dimasukkan dalam neraka Dajjal, yang sebenaqnya syurga yang penuh nikmat. Kalo ada Islam buta waktu tu, dia akan plih syurga Dajjal, maka masuk la dia dalam neraka Allah untuk selama-lamanya.

Waktu Dajjal buat keja2 fitnah dia, syaitan pon join skaki membantu untuk tarik  sebanyak mungkin anak Adam untuk dia buat kawan dalam neraka nnt. Bantuan syaitan ni pon bleh buatkan iman tercabut dari jiwa.  Dajjal akan tnya kat seorang umat Islam yang dah mati mak dengan ayah dia. Dajjal ni tnya, “Kalo aku hidupkan balik mak dengan ayah ang, ang akan ngaku aku jd tuhan?” Kalo orang Islam ni stuju, Dajjal akan hidupkan balik ayah dengan mak dia. Tp sebenaqnya tu adalah jelmaan Syaitan yang sntiasa cari peluang nak kacau iman orang Islam. Syaitan yang menyerupai mak dengan ayah dia pon kata, “Anak, ikut la si Dajjal ni, dia ni sebenaqnya tuhan,” so kalo orang ni ikut, dia dah tersilap plih jalan p neraka.  Ni la fitnah yang paling aku tkut.

Lagi satu cara Dajjal ni buat fitnah, dia akan bunuh orang, then dengan izin Allah, dia bleh hidupkan blik. Then bila dia hidupkan blik dia tu, dia akan tnya,”sekarang ni sapa tuhanmu?” Kalo kebetulan orang tu beriman, dia akan jawab, “Allah adalah tuhanku, dan hang adalah musuh-Nya.” Orang yg lpas ujian tu akan dibagi ganjaran syurga Allah.

Dajjal takkan bleh masuk ke kota Mekah dan Madinah, tp kalo Dajjal dekat dengan gunung area2 Mekah dan Madinah, 2-2 kota ni akan bergegar dan orang2 yang munafik dalam tu akan lari keluaq untuk bersama2 dengan pengikut Dajjal. Hari tu akan dinamakan hari pembersihan. Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.” Keadaan akan berterusan smpai Dajjal buat fitnah.

Tp Allah Maha Adil, bila diturunkan Dajjal, diturunkan-Nya Imam Mahdi dengan al-Masih Isa Alaihissalam untuk tlong umat Islam akhir zaman. Imam Mahdi akan satukan umat Islam untuk fight dengan pengikut2 Dajjal ni, dan al-Masih Isa akan bunuh Dajjal dengan tangan sendiri.

So aku berpesan kat diri aku dan hampa semua, fitnah Dajjal ni adalah fitnah terbesaq yang akan berlaku dalam sejarah manusia. Dan ada antara fitnah2 ni dah jd skarang ni. Untuk nak elakkan kita dari terpengaruh, banyakkan amalan, dan kalo bleh, hafal surah al-Kahfi ayat 1-10. Banyakan gak berdoa mintak Allah lindung kita,sbb kalo skali terpengaruh dengan Dajjal, slama-lamanya kekal dalam neraka. Nauzubillah.

-Shafshar-

, , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: