Nak Sambung Study?

Assalamualaikum W.B.T

Sedaq tak sedaq dah nak masuk dua tahun stengah aku study Diploma, nama tempat dirahsiakan. Haha, bkan apa, aku xmau publisiti murahan. Ya la, nnt orang ckap aku berlagak plak, mentang2 la study kat kolej bertaraf antarabangsa, nak habaq kat semua orang dalam dunia ni. Yang mana tau, tau la, yang xtau, dok diam2, kalo nak baca, habihkan bacaan, kalo xmau, ttup page ni secepat mungkin. Haha.

Ok so dah dua thun stengah study, skrang dah nak abih dah. Tinggai lg brapa bulan ja sbelum aku dengan kawan2 kolej aku dinobatkan jd pemegang saham terbesaq company2 kat Malaysia ni. Ish, apa aku dok melalut ni. Maybe sbab aku letih ngan ngantok yang amat sgt kot. Xpa, aku akan try untuk habihkan post ni dgan sikit ilmu yang bermanfaat.InsyaAllah.

Bila dah nak abih, mesti la aku akan pkiaq ke depan, apa aku nak buat lpas ni, plan masa pendek, masa panjang, pikiaq nak ada keta sndiri, umah sndiri, bila nak kawin(hahaha) dan sbagainya la. Aku rasa diploma ni tak cukup untuk compete ngan bdak2 len yang bnyaknya ada degree, master, PhD dan macam2 lagi pngkat termasuk Dato’ dan Tan Sri. Merepek lagi. Ish. Xpa kita teruihkan.

Parent aku ni, can be considered as sporting jugak la, so depa tnya aku apa plan lpas aku habih study diploma ni. Mula2 mak aku tnya, “abang nak sambung study ka?”. Aku dengan rilex dan coolnya jawab, “tak mau la, abang igt nak keja ja lpas ni.” Rupa2nya jawapan aku timbuikan rasa kurang senang kat hati mak aku. Mak aku pon habaq la kat ayah aku. Ayah aku kata, “ish, dengan diploma ni susah nak dapat keja zaman la ni.” Tp, depa tak bangkang aku, depa just suro aku smbung blik bila2 aku dah ready.

Aku igtkan persoalan masa depan aku ni habih kat situ ja. Then aku balik kg raya hari tu, makcik aku pon ada tnya jugak. Bila aku bg jawapan yang sama, tp aku tmbah sket, aku kata aku nak buat Pengajian Jarak Jauh (PJJ) time aku keja nnt. Jawapan makcik aku, “Orang muda ni, kalo dah start dapat gaji sndiri nnt, dah rasa mlas nak blajaq lg dah,” Aku mmg stuju dengan jawapan tu, tp darah aku membuak2 untuk keja, aku dah tak larat nak masuk kelas. Haha.

Bila tgok balik, 2-2 benda yang akan dibuat oleh aku ataupun kawan2 seangkatan aku, sama ada truih keja or smbung blajaq, ada hadis2 yang kuat sokong dua benda ni. Hadis yang penah aku dengaq, maksud dia(lebih kurang) mcam ni.

“Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.”  Satu lagi, “tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China.” Sapa periwayat hadis2 di atas aku tak dpat info. Tp dua2 hadis pasai belajaq ni, mmg mahsyur la. Even kalo majlis2 ilmu pon, slalu dengaq penceramah sebut hadis ni. So blajaq ni mmg dituntut dalam Islam. Eh, macam mana plak dengan cari harta?

Ada jugak hadis Rasulullah, agak top dan slalu gak aku dngaq. “Bekerja dan carilah harta seolah-olah hidup selamanya, dan beribadat seolah-olah akan mati esok hari.” Kat sini kita dah bleh nmpak, cari harta bleh, tp jangan lupa ibadat. Kena sama2 balance, sama2 kuat. Oh, so camna ni, bleh ka buat tiga benda dalam satu2 masa?

Tu la apa yang aku cuba nak buat nnt, insyaAllah. Aku akan kerja, cari harta untuk sara anak bini aku(hahahaha gelak pnjang sket), aku akan cuba untuk beribadat dengan kuat, insyaAllah. And dalam masa yang sama aku akan blajaq. Eh tak pnat ka Shaikh? Come on, kita bila sebut blajaq, kita akan pikiaq mesti dok dalam klas, ada lecturer dpan, kena bayaq yuran, amek test, exam dan macam2 lg. Banyak cara nak blajaq ni sbenaqnya.

Kalo aku tnya someone camna nak masak nasik goreng(contoh), bkan ka tu pon dianggap sebagai belajaq? Konsep blajaq ni, bg aku ada dua syarat. Ada cikgu, ada murid. Cikgunya adalah orang yang aku tnya cara2 nak masak nasik goreng, and murid tu aku. Kat dapur mana aku blajaq, brapa harga ingredients, mcam mana test, exam tu tak penting, asalkan ilmu tu bg manfaat kat kita.(ni just pendapat aku)

Tp apa2 yang kita nak buat pon, yang penting niat kita. Kalo kita cari harta, tp dengan mencuri kereta mewah, mmg la harta bnyak, tp adakah Allah akan redha dengan apa yang kita buat? Kalo belajaq pon, kalo kita belajaq cara nak buat virus computer untuk susahkan user len, bguih ka ilmu 2? Berkat ka? So apa2 pon yang paling penting, ibadah comes first. Sbb bila kita tak lupa beribadat kat Allah, secara automatik pon benda2 len akan jd elok. InsyaAllah.

So niat aku, aku nak buat tiga2 benda tu, InsyaAllah.Tp kalo plihan antara keja or further study, aku akan plih keja dulu. Ibadat xleh nak anggap jd pilihan, sbab tu mmg wajib untuk kita. Kalo aku rajin, aku blajaq untuk smbung degree. Kalo tak rajin, aku akan blajaq untuk masak nasik goreng. Hahahaha. Aku dah merepek teruk dah ni.

-Shafshar-

, , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: