Argh!!

Assalamualaikum W.B.T (apa2 pon kena start ngan salam dulu.)

Argh! Aku rasa marah gila kat sorang mamat tu. Bleh dia buat camni kat aku. Bla-bla-bla-bla. Aku rasa nak tumbuk, nak maki, nak hayun penumbok aku kat muka dia! Argh! Marahnya aku! Camna lakonan aku? Jd tak? Nmpak mcam aku btoi2 marah dak? Haha. Realitinya, aku mmg seorang yang pemarah. Kalo aku marah, jantung aku jd laju, kepala jd sakit, urat kepala naik, nafas aku jd laju, berjalan kiri kanan. Poyo kan?

Kalo someone tu marah, benda tu mmg normal. Sapa la yang x pnah marah. Rasulullah S.A.W sndiri pon ada perasaan marah. Ayah aku ada prasaan marah, mak aku pon ada rasa marah. Kawan2 aku semuanya pnah marah. Ataupun mengamok. Xyah sapa2 nak deny, marah ni perasaan normal untuk seorang manusia.

Marah ni ada baiknya. Kalo kita just absorb pressure tp tak channel, kita bleh dipanggei sbagai orang gila, ataupon tak normal. Kalo kita ada prasaan marah, sekurang-kurangnya kepala kita tak dipijak oleh orang len. Bila kita ada rasa marah, susah untuk orang main2 dengan maruah kita. Mampu ka kita untuk tak marah bila org kutuk2 agama kita? Seseorang tu xkan marah kalo org kutuk agama bila dia dah xdak iman dalam diri dia. Marah bleh jadi senjata untuk lindung hak dan kebenaran.

Benda paling tercela adalah marah x bertempat. Tp apa yang paling-paling-paling penting bkan sbb yang bleh buat kita marah, tp macam mana kita hndle kita pnya rasa marah. Tu yang paling penting. Bila ada pro, ada kontra dia. Macam mana baiknya marah skali pon, ada buruknya effect marah. Aku rasa lg bnyak. Slalu ayat yang kita dengaq, ayat “marah berapi-api”, “telinga berasap”, dan macam2 lagi ayat nak cerita pasai teruknya marah. Bila tgok blik, marah ni slalunya dikaitkan dengan api or panas. Pasai apa ha?

Sbb makhluk yang meniupkan bara marah ni jugak dibuat daripada api. Ya, makhluk yang dok tiup rasa marah ni adalah iblis dan syaitan. Syaitan mmg suka kalo kita marah tak igt dunia, sbb kita akan lupa semuanya, termasuk Allah S.W.T. Benda tu yang syaitan paling suka, bila kita lupa kat Allah S.W.T.  And bila kita marah, waktu tu la kita mungkin buat benda2 yang tak kita jangka. Orang yang marah mungkin akan keluaqkan ayat yang tak sopan, maki mak ayah dia, maki kwan2 dia,pukul anak sndiri, penampaq muka isteri dia, termasuk la smpai tahap sanggup bunuh.

Tu la antara bhaya kalo kita ikut rasa marah melulu. Selain dari effect kat orang lain, bnyak gak effect kat diri sndiri. Bnyak penyakit yg serbu masuk kalo kita tak kawal kita pnya rasa marah. Paling slalu dengaq, stroke atau angin ahmar. Penyakit ni bleh otak kita hilang fungsi, darah tersumbat kat saluran otak. Bila hilang fungsi otak, pernafasan suma jd berenti, sbb otak kita macam CPU untuk badan kita. Macam tu jgak sakit jantung. Slalu dalam drama TV, orang yang sakit jantung akan jatuh bila dia terlalu marah atau terkejut. Benda tu mmg btoi2 bleh jd, sbb bila kita marah, jantung kita akan pam banyak darah untuk control nafas kita. Bila jantung pon dah xleh nak pam darah, scara automatik jantung kita akan brenti.

So kat situ kita dah nmpak, macam mana bahayanya prasaan marah kalo tak dihandle dengan elok. Kita(aku) kena start blajaq camna untuk handle marah dengan baik. Sbb aku ni mmg seorang yang agak pemarah. Mai kita sama2 kaji camna nak elakkan rasa marah ni dari meluap-luap. Dalam Islam pon ada “anger management”. Cara Rasulullah S.A.W ajaq kita, adalah dengan cara kita kluaqkan kata2 yang ada hikmah, so bleh jd pedoman untuk diri sndiri dan orang lain.

Istighfar banyak2 gak bleh turunkan tahap marah dalam diri kita. Bila kita igt Allah, kita akan try untuk tak buat apa yang Allah tak suka. Sebut la nama2 suci Allah time kita marah. InsyaAllah, rasa marah tu akan berkurang dan agak hilang. Satu lagi cara yang Rasulullah ajaq, kalo time kita marah tu kita tgah berdiri, try utk duduk. Kalo duduk pon still ada rasa marah, ambik wudhu’ sbb ayaq yang disapu kat anggota badan dapat jauhkan kita dari godaan syaitan, tp bdan kita gak rasa sejuk sbb ayaq tu td.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi).

Tu antara cara yang diriwayatkan dalam hadis baginda Rasulullah. Sebenaqnya bnyak lagi cara2 untuk kita handle rasa marah kita, ikut la cara masing2. Ok aku nak crita cara2 aku plak handle rasa marah, yang mana bleh ikut, ikut la. Kalo takleh, xpyah ikut.Macam aku, kalo aku marah, aku suka dok sorang2. Tak kisah la kat mana2 pon. Paling slalu kat kdai makan. Dok minum ayaq sejuk sorang2, orang tgok mesti pelik ja. Tp tu cara aku. And aku rasa cara tu bleh buat aku tenang. Cara satu lagi, aku try untuk avoid benda2 yang bleh buat aku marah. Ada skali tu, mmber aku melawak dengan cara yang x spatutnya. Aku mmg marah gila time tu. Aku x ambik jalan untuk marah dia or apa, aku just kluaq rumah, cari kdai makan yang terdekat. Mmber aku tu tau aku tgh marah, dia try untuk call aku. Aku tak angkat, sbb aku tau kalo aku angkat, mmg ada orang kena sound dengan aku. Aku rilex dulu. Lpas balik, aku tdoq. Sok pg hilang la rasa marah tu.

Satu g cara nak hilangkan rasa marah, jgn layan sngat rasa marah tu. Ubah fikiran kita kat benda2 yang kita suka. Macam aku, aku minat tgok bola, aku akan p tgok bola. Bila kita marah, pikiaq la benda2 yang best dan bleh tenangkan, macam bayangkan laut, panorama yang best, awek or bf ka, apa ka. Cara aku gak, bila marah aku suka dengaq lagu yang aku minat. Aku akan dengaq lagu sentimental, and aku akan ikut nyanyi skali. Aku rasa cara camtu bleh tenangkan hati aku yang tgah marah. So sapa2 yang nak tiru, no problem. Aku x ltak copyright apa and hampa xkan kena saman kalo tiru cara aku. Asalkan jangan buat benda2 merepek atau menyalahi agama time marah.

Incase la kalo ada mmber kita marah kat kita, and dia lpaskan marah dia tu kat kita. Jangan jd minyak untuk api yang tgh nyala. Ambik peranan untuk simbah ayaq kat api tu, contohnya mintak maaf kalo tu mmg salah kita. Kalo bkan salah kita skalipon, mintak maaf gak. Jangan lawan, kita bleh jdkan benda lagi buruk, dan cetuskan bunga taik(pergaduhan). Kalo kita bodo, kita akan buat benda2 camtu. And syaitan pon bertepok tangan bila tgok benda2 camtu jd.

Antara cara2 lain untuk buat kita lagi tenang and elakkan rasa marah , tgok blik apa yang buat kita rasa marah tu. Logik ka x logik untuk kita marah sbb benda 2. Dgaq pendapat orang lain sama, jgan asyik nak ikut kepala kita sorang ja. Second, jgn salahkan org lain saja, tgok blik kot2 salah tu punca dari diri kita sndiri. Time tgh marah, kawal diri kita dan jgn jd bodo untuk lpaskan marah kita kat org lain yang xdak kena mengena dengan masalah kita. Tiga, rehat dan tidoq cukup2 sbb bila badan letih, ‘nerve’ kita jd lagi cpat tgang and buat kita marah. Empat, jgn mulakan benda2 yang bleh naikkan darah kalo kita sndiri xtahan pressure, macam lawan mengata, maki, merendahkan orang lain walaupun niat kita just nak melawak. Last skali, amalkan baca ‘A’uzubillah hi minasyaitannirrajim’, jgan tinggal solat sbb dalam solat, kalo kita buat dengan hati yang btoi2 ikhlas kerana Allah, bleh buatkan hati kita tenang.

So untuk semua umat Islam, zaman ni mmg orang2 kapiaq sewenang-wenangnya hina Islam. Aku bkan tak bg hampa marah, aku sndiri pon rasa marah. DEPA MEMANG NAK KITA MARAH. Kita bleh mrah, tp kawal rasa marah kita, jgan biaqkan marah tu kawal kita. Banyakkan sabaq, sbb Allah bersama orang2 yang sabaq.

-Shafshar-

Rujukan :

http://www.rileks.info/coollist/2010/01/syaitan-cetus-sifat-marah/

, ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: