Derhaka

Assalamualaikum W.B.T

Beberapa hari lepas aku direquest untuk kupas satu topik yang agak baru, jarang didengaq. Tp topik  ni kalo dipikiaq pon mmg penting, sbab naluri manusia nak ada zuriat, mmg normal. Keinginan manusia nak berpsangan, that’s normal. Tp dengan cara yang dibenarkan syarak, dengan berkahwin mngikut cara yang sah. So dah berkahwin semua, smpai la dapat anak dalam family.

Selalu ayat yang kita dengaq, kes anak derhaka. Dari cerita si Tanggang, smpai la cerita anak yang xleh nak mengucap sbb singgung hati mak dia di zaman Rasulullah S.A.W. Cerita anak derhaka ni dah jd halwa telinga zaman aku kecik2 dulu. Tp pernah ka dengaq crita pasai mak ayah derhaka?

Jenis mak ayah yang derhaka ni bg aku ada dua. Satunya derhaka pada Allah dan Rasul, satu lg derhaka pada anak. Tp macam mana jenis derhaka pon, effectnya akan nmpak kat anak tu sndiri. Aik? Selalunya dengaq anak derhaka, hari ni pasal mak bapak derhaka kat anak plak. Macam mana tu? Dari kecik, mak ayah mesti buat tnggungjawab terhdap anak. Kalo tak bertanggungjawab, maka terhasil la sorang lg anak derhaka sebab derhakanya mak ayah dia ni terhadap Allah dan anak tu sendiri.

Seorang ayah, kalo nak dari zuriat dari keturunan yang baik, carilah prempuan yang baik2. Sabda Rasulullah : “ Dapatkan wanita yang beragama, (jika tidak) nescaya engkau akan rugi ” (HR.Al-Bukhari dan Muslim)

Ketika malam pertama, (mintak maaf, harap pembaca aku semuanya dah akil baligh dan dapat bezakan mana baik buruk) sebelum apa2, bacalah ayat “Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami”. Rasulullah sendiri menyeru kita untuk membaca doa ni. So insyaAllah, kalo kita dikurniakan anak, syaitan xleh nak mencelakakannya.

Tanggungjawab mak ayah terhadap anak ni sangat-sangat-sangat banyak, untuk nak corak ni jd sorang yang soleh atau solehah. Dari sebelum lahir lg, time mengandung tu, banyakkan doa untuk bg dapat zuriat yang baik2. Bnyakkan baca surah2 al-Fatihah, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Maryam dan lain2 lagi surah, moga Allah kurniakan anak yang baik, insyaAllah.

Lepas si anak ni lahir, jdkan la azan atau iqamat sebagai kalimah pertama yang masuk dalam telinga si anak, insyaAllah anak nnt akan jd orang2 yang soleh.

And then bila dah besaq sket, ajaq la anak ni dengan ilmu2 agama yang mudah. Contohnya ajaq anak ni baca surah al-Fatihah, ajaq fardhu Ain dan fardhu Kifayah, and then ajaq baca al-Quran. Kalo tak mampu, antaq la anak ni p klas2 yang sepatutnya. Jngan kita tak mampu, then buat xtau pasai pendidikan agama anak ni. Kalo kita ni jahil pasai agama sekali pon, jgan la ‘jahil’kan anak kita skali. Tanggungjawab sebagai mak ayah ni bkan senang. Kalo tak buat, silap2 kita bleh jadi ahli neraka. Dari satu artikel yang dah banyak orang share kat facebook, antara laki yang akan masuk neraka adalah seorang ayah yang tak bg tanggungjawab yang spatutnya kat anak.

Mak ayah mesti tunjuk akhlak dan contoh yang baik untuk anak2 depa. Macam mana nak anak yang baik kalo mak dengan ayah sndiri dok tunjuk perkara2 yang tak elok dalam rumah. Kalo si ayah tak solat, macam mana nak si anak si solat? Kalo mak plak time tak bleh posa sebab uzur syari’e, makan dengan selamba depan television?  Benda2 camni akan pengaruh si anak ni.

Mak ayah yang derhaka ni mungkin bguih sket dari orang2 yang buang anak atau gugurkan kandungan, tp apa bezanya? Anak yang mati sbab dibuang oleh ibu bapa yang tak bertanggungjawab akan masuk syurga tp mak ayah yang derhaka ni bleh menyebabkan anak masuk neraka,. Tanggungjawab kat anak ni bkan saja bekalkan ilmu dunia, tp ilmu akhirat jgak. Kalo gagal nak bkalkan ilmu akhirat, jadilah mak ayah ni sebagai mak ayah yang derhaka.

Si anak  ni wajib mendengaq cakap mak ayah, KECUALI kalo mak ayah dia suruh benda yang menyimpang dari syarak. Contohnya kalo mak ayah suruh sembah selain Allah (Nauzubillah), buat dosa2 yang lain, maka si anak ni bleh untuk tak ikut. Bleh untuk tak ikut bukan bermaksud si anak ni boleh tengking or marahkan mak ayah dia. Kena cakap lembut2, baik. And kalo mak ayah dia ni buat benda yang dilarang Allah S.W.T, si anak ni WAJIB tegoq. Mesti hmpa penah baca pasal 4 golongan yang ditarik masuk neraka kan? Kalo xpnah baca, baca kat sini.

Firman Allah :

“Dan Tuhanmu  telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kepada selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

(Surah Al-Isra’: 23-24)

Kalo la misalnya ada antara pembaca yang mak ayahnya tak menekankan agama dalam hidup, berdoa la banyak2 agar Allah membukak pintu hati depa. Bukan dengan cara mengata, mencaci atau memaki.

Ramai antara kita yang sudah bleh kawin. So bila dah kawin n dpat anak, sempurnakan la tanggungjwab kita sebagai sorang mak atau ayah. Jgan la kita just nak kejaq dunia semata2.  Bnyak mak ayah yang marahkan anak2 depa kalo si anak dapat nombor teruk dalam ujian or peperiksaan, tp brapa ramai yang marah kalo si anak ni tinggaikan solat dengan sengaja? Bila buat camtu, maka mak ayah camni la yang tergolong dalam golongan ibu bapa derhaka ni.

Sabda Rasulullah : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu dan didiklah mereka” (hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur)

Tp cerita ibu yang paling derhaka aku rasa adalah ibu yang bersekongkol dengan boyfriendnya yang membunuh anaknya sendiri, warga Sudan yang menggempaqkan negara tak lama dulu. Boyfriend tu siap buat penderaan seksual kat anak dia yang BARU BERUSIA 3 TAHUN. Ya Allah, apa punya manusia la ni. Binatang pon sayangkan anak. Binatang pon mengawan dengan pasangan yang dah “baligh”. Ni manusia jenis apa aku pon xtau. Nak kata xdak akai, xtau la plak aku.

“Aku bersyukur sbab aku ada sorang ayah yang tegas, seorang mak yang memahami, dan dua-duanya menekankan agama dalam hidup aku, Alhamdulillah. Hanya Allah yang dapat balas jasa ayah dengan mak.”

Ya Allah, kami mohon padamu Ya Allah, jika engkau kurniakan zuriat kepada kami, jadikanlah dia seorang anak yang soleh, yang menyejukkan mata kami Ya Allah.

-Shafshar-

” Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku”

(Surah Al-Baqarah : 186).

Rujukan :

http://niejoe.blogspot.com/2010/07/surah-bacaan-ketika-mengandung.html

http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/943-kesilapan-kesilapan-dalam-mendidik-anak-anak.html

http://www.scribd.com/doc/35695175/ARTIKEL-Kaedah-Didik-Anak

Buku : PENDIDIKAN ANAK DALAM ISLAM oleh : Yusuf Muhammad Al-Hasan

 

, , , , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: