Kisah Satu Keluarga

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni aku nak smpaikan cerita pasai satu family besaq, p piknik dan berkhemah di tepi pntai. Adik beradik dari family ni ada yang kaya. Ada tokey balak, ada tokey minyak, tokey minyak sawit, tokey getah, tokey emas dan macam2 lagi la. Tp adik2 ni ramai yang miskin, baru nak bleh jalan, baru nak merangkak dan sebagainya. Tp ada standan pisang, takkan semuanya elok, mesti ada jugak yang busuk dan buruk. Hidup adik beradik ni goyah lpas bapak depa dibunuh dengan kejam di negara Turki. Hidup depa mula bergaduh, mula tak ambik tau hal adik bradik. Abang2 yang kaya ni buat xtau kat adik2 yang miskin.Si adik yang baru nak blajaq hidup berdikari, depa tolong la adik2 yang jauh lagi miskin ni dengan semampunya, sambil kutuk cara abang.

Time adik bradik ni berpiknik, seorang adik pompuan depa diculik dan mula dicabul. Benda ni jadi dalam penglihatan abang2 yang kaya ni. Adik pompuan tu dicabul oleh pendatang haram yang suka buat kacau kehidupan orang lain. Si adik2 yang lemah ni hanya bleh tgok pencabulan ni dengan hati sdih dan sayu. Tp abang2 yang kaya ni tgok dengan rilex, depan khemah depa sendiri.

Dok lama sket, sorang adik lelaki depa plak lemas hanyut dalam laut. Salah sorang adik yang agak muda ni nak p slamatkan adik yang lemas tu, tp abang yang kaya ni halang dengan alasan, nak ajak bincang dulu. Si abang kata, “jangan terburu2, bahaya.” Saat adik pompuan depa diratah dan dicabul penuh nafsu oleh pendatang haram tu, dan adik depa lemas di laut, adik bradik ni bincang la sesama depa. Abang2 yang kaya, bincang sambil makan makanan yang mewah dan sedap.

Depa ni pon bersidang la. Si abang ni berkata, “ tajuk persidangan hari ni, ‘CARA NAK SELAMAT ADIK POMPUAN YANG DIROGOL DAN ADIK LAKI YANG LEMAS’. Adik2 muda yang bersemngat, terus nak berlawan dengan pendatang haram, dan tak hirau keselamatan diri terus saja nak terjun laut untuk selamatkan adik laki yang lemas. Tp dengan rilex si abang kata, “Camni la orang muda, suka sangat ikut perasaan. Hormat orang tua, kita ambik jalan diplomasi’. Akhirnya,abang2 ni berjumpa la dengan wakil pendatang haram ni. “Kami ada resolusi, jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sngat tubuh adik kami pon, hentikan dulu sat. Kita buat gencatan nafsu.” Smbil depa ni berbincang, adik pompuan ni truih dicabul smbil ditgok oleh adik bradik yang lain.

Yang pasai adik lelaki yang lemas tu, seorang si adik ni cuba nak dapatkan bot penyelamat, tp si abang ni halang. Abang ni pon membocorkan bot penyelamat yang adik ni cari. Si abang ni rasa, adik2 yang berdarah muda ni merosakkan keadaan saja, tambah mengharukan keadaan. Adik2 muda ni dikenakan tindakan akta IKUT CAKAP ABANG, dirosakkan khemah dan tak di bagi makanan. Adik2 prempuan yang muda plak ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan yang makin teruk, adik bradik td buat mesyuarat tergempaq. Kali ni depa sepakat untuk buat banner dan kempen, “KAMI KUTUK TINDAKAN PENDATANG HARAM YANG CABUL ADIK KAMI.” “SELAMATKAN ADIK KAMI YANG KELEMASAN”. Banner pon dipasang sepanjang pntai dengan harapan ada orang akan tolong adik depa yang dua orang tu. Adik pompuan terus dicabul, smpai xdak lagi pakaian kat tubuh adik td. Drama tu ditonton dari dekat oleh adik bradik td.

Adik laki depa plak dah makin tenggelam dalam laut, dah nampak sangat nazak. Hanya tunggu malaikat maut cabut nyawa saja. Lalu si abang ni angkat la banner ni lagi tinggi. “SELAMATKAN ADIK KAMI YANG KELEMASAN”, dan depa harap ada orang nak tolong.

Bila depa tgok cara banner tak berkesan, depa ni mesyuarat lagi lalu mengeluaqkan banner yang lagi mahal dan cantik, dan buat flyers2 yang mnarik. “ADIK POMPUAN KAMI TERUS DINODA”, dan “ADIK LAKI KAMI MAKIN HANYUT LEMAS”. Adik bradik yang len plak akan teruih mesyuarat dan mesyuarat untuk print banner yang lagi cantik, dan buat flyers lagi menarik.

Tu la secebis kisah dari sebuah keluarga besaq di satu kawasan yang dirahsiakan namanya.
* adik perempuan tu nama Palestin.

* adik lelaki tu nama Iraq.

* abang-abang itu Pertubuhan OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

* adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

* adik-adik yang berdarah muda tu gerakan-gerakan Islam

* bapak yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah

* mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC

* pendatang haram tu plak ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.

* tgok dari dekat maksudnya melalui media.

-Shafshar-

*Credit to Fakhrul Ezam Shah

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: