Bestnya Tdoq Petang

Assalamualaikum W.B.T

Sbelum aku tertidoq ptang ni, elok la kalo aku membusykan diri aku utk menulih apa2. Tabiat student zaman skarang, tdoq petang. Side effect tdoq ptang ni banyak, yang aku akan ceritakan nnt. Tak payah nak cari jauh2, penulih blog ni pon kdang2 tdoq ptang. Haha, aku dah try untuk ubah. Aku bkan nak crita, tp student ni kdang2 keluaq pukui 8 pg untuk p klas, then ada yang balik lpas pkui 5 ptg. Mmg letih. Dah la kat kolej otak diperah untuk terima semua data yang dihntaq oleh lecturer.

Then kalo kolej jauh, nak kena drive keta atau moto. Untuk orang2 yang kat KL, tambah penat kalo nak bersesak dalam “jam”. Tu tak termasuk asap dari moto 125ZR atau pon RXZ yang kadang2 sgt pekat, macam asap kilang. Kalo yang guna public transport, nak kna bersesak or beratur pnjang untuk naik lrt or bas.  Nak kena menahan aroma2 yang kurang enak dari pengguna2 lain yang kebanyakkannya jgak bekerja ataupon belajaq. Aku penah rasa semua tu. Dari zaman aku main dengan LRT Putra, sampai la aku ada moto sendiri kat KL. Balik petang memang memenatkan.

Dah penat berhempas-pulas atas jalan, ataupon adegan tolak menolak dalam train, smpailah kita kat rumah. Balik plak, nmpak sofa depan ruang tamu. PERGH! Mmg mnguji iman la orang kata.Rilex dulu, duduk2 sat. Rehat dulu sbelum solat Asar. Then dah lama sket, mula baring2, mata dah berpasir. Berat ja rasa. Hahaha, aku selalu jd camtu. Dulu la. Skarang aku dah try untuk tak tdoq ptang.

Better kan, dari tdoq petang, eloknya kita amal satu sunnah Rasulullah S.A.W, iaitu tdoq sat sebelum zohor. Ala, kalo kat kolej pon xkan non-stop kelas smpai pkul 5. Mesti akan ada sejam dua break kan? Curi masa, carilah surau2 berhampiran so kita bleh tdoq dalam tu. Tak payah lama, 15 minit pon ckup. Pling lama stgah jam. Ada berkatnya sunnah Rasulullah, insyaAllah, kita akan rasa segaq. Tak caya try dulu.

Tdoq petang ni, bnyak implikasi yang tak elok, tapi tak la smpai memudaratkan smpai jd gila. Time petang ni dkat dengan waktu senja. Hadis yang kata tentang tdoq petang akan jd gila, hadis itu palsu ataupun Dha’if. Tp dari apa yang aku tau, cahaya matahari waktu senja ni pancarkan infra-red yang tinggi, yang mana bleh melemahkan badan, dengan izin Allah. Pengalaman aku tdoq petang ni, bila aku bgun, aku akan rasa berkahak kat trakea aku, badan jd letih, rasa nak tdoq lg, mata merah, emosi tak menentu, rasa nak marah, dan macam2 lg benda yang tak sedap. Ada orang tua2 kata, kalo tdoq petang 40 hari berturut2, bleh jd gila. Sejauh mana kebenaran tu, aku xtau la. Allah jua Maha Mengetahui. Hampa bleh try, dah ckup 40 hari compile report kat aku. Sebarang simptom gila yang timbul bkan tanggungjawab aku. Haha.

Tp kalo kita tgok balik sifat2 syaitan, ada beberapa jenis sifat syaitan yang menunjukkan depa ni sukakan waktu senja.

1.Syaitan berpesta dan bergembira di waktu senja.

2.Syaitan suka berada antara bayang dengan cahaya. (Malam dan Siang)

3.Syaitan suka berada antara tempat sejuk dan panas. (Malam-Sejuk, Siang-Panas)

 

Kdang2 bila kita balik dari kolej atau tempat keja, kita akan tdoq dulu sblum solat Asar. Kdang2 dah nak habih waktu Asar baru kita solat. Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam, maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis”

Kat sini kita bleh nmpak, keburukan melambat-lambat solat Asar. Dari apa yang aku tau jugak, solat di hujung wktu Asar adalah dalam waktu haram.

So kalo bleh, elakkan tdoq waktu petang, sbb aku nmpak banyak keburukan dari kebaikkan. Kalo dah mengantuk sgt pon, basuhlah muka banyak, ataupon buat la apa2 aktiviti yang bleh elakkan kita dari tertidoq, jogging misalnya. Kalo ada sapa2 yang bleh tertidoq time jogging, aku respek dia. Hahaha. Ok dah pkul 5.30 ptg, aku nak tdoq sat. Letih la. Haha. Gurau ja.

-Shafshar-

 

Rujukan :

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=11&t=5003

http://jiwang.org/sejarah-mitologi/34347-istana-syaitan.html

http://helmdahl.blogspot.com/2010/02/bab-ketiga-ciri-ciri-syaitan.html

http://www.netfision.com/demo/kiosk/rislam2_waktuharamsembahyang.html

 

 

 

, , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: