Persoalan Karma

Assalamualaikum W.B.T

Skarang ni aku tgh membasuh baju, so sementara nak tunggu setel, elok rasanya kalo aku perah otak aku untuk share sket opinion aku dengan hampa semua. Kat umah sewa, aku guna mesin manual yang akan mengambik masa lebih dari sejam untuk setelkan satu set baju yang aku basuh. Kira agak bosan la sementara nak tunggu. Haha.

Macam aku punya tajuk, aku rasa aku nak kupas pasal “hukum karma” yang macam dah sebati dengan manusia, sama ada orang dari agama Islam, orang Hindu, orang Buddha,Kristian dan lain2 agama, kecuali agama atau fahaman yang tak menyokong kebaikkan. Konsep karma yang dilihat “mulia” memudahkan orang nak pecaya hukum ni. Ya la, “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat”. Tp sebenaqnya bleh ka konsep ni dipkai dalam Islam?

Macam aku cerita dalam post Jom Kawin! dulu, sebenaqnya tanah Melayu ni adalah tapak agama Hindu yang agak kukuh sebelum Islam smpai. Tgok la candi2 yang ada kat tanah Melayu, cukup nak buktikan agama Hindu mmg bertapak kat sini. Selepas Islam sampai, tak bermaksud bleh buang semua ajaran2 dari agama lama orang2 Tanah Melayu. So dicedoknya sket amalan dalam agama Hindu untuk disesuaikan dengan adat orang Melayu yang ada antaranya berteraskan adat dalam agama Hindu.

Konsep karma yang kita tgok sebati dalam orang Melayu ni, smpaikan menimbulkan sikit perdebatan ilmiah antara aku dengan seorang student Islamic Banking di UITM Shah Alam. Sapa la aku yang cetek ilmu agama nak berdebat dengan seorang yang mempunyai asas agama yang kukuh? Tp debat ilmiah ni baguih, x sama macam debat lain atau gaduh mulut yang slalunya menaikkan rasa marah. Contohnya debat antara pemimpin kerajaan dengan pemimpin pembangkang dulu. Aku xmau comment bab tu. Dengan debat tu, aku dapat tmbah sedikit ilmu aku, dan aku harap dia pon camtu.

Ok first skali kalo hampa semua penah dengaq pasal “original sin” ataupun dosa warisan dalam agama kristian, ada sket persamaan  dengan hukum karma ni. Cumanya, hukum karma ni ikut amalan seseorang tu waktu “penghidupan lepas”, tp “original sin” ni adalah dosa yang diturunkan oleh Adam dan Eva yang buat salah dalam syurga. So kira baby dalam agama Kristian ni lahir dalam dosa. Karma plak, sbb depa ni percaya kat penghidupan semula atau “reincarnation”, kalo baik orang tu dalam hidupan dia yang lepas, maka elok la hidup dia yang baru. Kalo buruk, buruk la jugak hidupan dia yang baru.

Dalam Islam, kita percaya yang semua baby suci dari dosa, macam kain putih. Ibu bapak la yang corak bayi ni samaada jd Islam, Hindu, Kristian, Buddha or sbagainya. Ya la, tak logik la plak, budak tu baru lahir n xtau apa2, tiba dah ada dosa. Tak adilnya hukum karma dengan original sin ni, contohnya kalo budak tu mati sblum smpat bsaq, adakah dia akan dihumban ke dalam neraka? Adil ka?

Ok contohnya pasal budak lagi. Ada orang yang dari lahirnya dia mmg “istimewa”. Ada yang lahir tak cukup sifat, buta atau bisu dan macam2 lagi kecacatan. Adakah maksudnya kat “penghidupan lepas” dia ni jahat? And kalo la kata hari kiamat sampai sebelum dia ni sempat besaq dan “bertaubat”, maknanya dia akan masuk neraka sbb dosa yang dia buat di “hidupan lepas”? Adil sangat la camtu kan?

Sebab tu dalam Islam kita WAJIB percaya kat Qada’ dan Qadr yang ditetapkan Allah. Ujian yang susah atau senang, semuanya dari Allah S.W.T. Orang yang alim la yang paling banyak diuji oleh Allah, sbb Allah nak dia sabaq. Kalo hukum karma tu adil, nabi Muhammad sndiri pon diuji, macam aku cerita dalam post “Peperiksaan Hidup”. Sdangkan nabi Muhammad tu maksum, iaitu terlindung dari dosa.

Antara perdebatan aku dengan budak UITM tu, dia cakap, dia just pkai title karma saja. Dia kata orang yang buat baik dapat la pahala, orang yang buat jahat dapat dosa. Yup, aku stuju dengan statement tu, tp aku tak stuju kalo tu dihubungkan dengan hukum karma. Firman Allah maksudnya :

“Barang siapa yang membuat kebajikan sebesar zarah, maka akan tetap dilihat dalam kitab amalnya, dan barang siapa yang membuat kejahatan sebesar zarah, maka tetap akan dilihat dalam kitab amalnya”

Al-Zalzalah, 7-8

Tp aku tak stuju kalo benda ni dipanggil karma, sbb aku panggil benda ni sebagai “Janji Allah”. Amalan yang kita buat tak akan pengaruh hidupan kita kat dunia, tp akan ubah kita kat akhirat. Kita xleh guna pahala kita untuk bg hidup kita tak ditimpa masalah. Tp kalo kita dapat ujian, Allah akan tambah pahala kita kalo kita bersabaq dan tolak dari dosa-dosa kita yang lepas. Adilkan Allah? Dari hadis Rasulullah S.A.W :

Dari Aisyah R.A berkata dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yangg lebih dari itu kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.”

(Sahih Muslim)

Allah tetap akan bg ujian untuk tgok betapa hamba2-Nya bersyukur atau tak. Allah dah janji, dalam firmanNya yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal soleh (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurnia yg besar.”

Surah Asy-Syura, 22.

So aku harap dengan hujah2 yang kemukakan ni, dpat buang “logik hukum karma” dalam jiwa sorang Melayu Islam. Hukum karma ni xleh diguna pakai dalam Islam. Percaya la kita dengan Qada’ dan Qadr Allah. Sesungguh Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Baju aku pon dah habis basuh, aku nak p sidai baju sat. Haha.

-Shafshar-

Rujukan :

http://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/209/tajsimu-al-amal-karma-dalam-islam.html

http://ependidikanislam.blogspot.com/2010/05/dosa-sebesar-zarah-tetap-diadili-tuhan.html

http://islamic-discussion-via-internet.grouply.com/message/2675

, , , , , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: