Mungkir Bahagia

Assalamualaikum W.B.T

Eceh, tajuk dah lebih ni. Haha. Hari ni aku nak rilex2, xmau tulih topik yang berat2 sngat. So post aku untuk hari ni adalah mungkir janji. Bila seseorang tu berjanji, so wajib untuk dia TUNAIkan janji tu. Takdak istilah “janji Melayu”, “janji Keling” ataupon apa2 lg nama janji yang tak ditunaikan.

Ok kita ambik kisah Nabi kita, Rasulullah S.A.W. Diceritakan dari Abdullah bin Abul-Khansa’, katanya: Saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diangkat menjadi Nabi. Ada barang yang saya janjikan kepadanya akan saya bawa ke tempat yang telah dipersetujui, tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan juga esoknya. Maka saya mendatanginya pada hari ketiga, dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya. Bila saya sampai, maka baginda berkata: “Wahai pemuda! Engkau telah menyakiti aku dengan janjimu, sebab saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu.

Dari situ kita bleh nmpak, pentingnya nak jaga janji ni. Contoh kalau kita janji dengan seseorang kata nak kluaq lepak2 minum, tiba2 kita cancel. Dah la cancel, tak bagitau apa2 plak tu. Call plak tak angkat. Dpatlah kita sumpah seranah yang free sebab perbuatan kita td tu. Slalunya kita akan marah kalo orang berjanji kat kita, tp dia mungkir. Tp kita ni jenis yang tepati janji ka? Cermin blik, kita camna. Janji mesti ditunaikan, kecuali dengan keuzuran.

Slalunya perangai paling best orang Melayu ni, kita jadikan ayat “insyaAllah” sebagai cara untuk mungkir janji. Padahal tu la ayat paling sesuai nak guna untuk berjanji. Kita xleh kata “confirm aku akan p”, sebab kalau Allah x izinkan, maka kita xkan bleh nak tunaikan janji tu. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah, ayat 1 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, tepatilah janji-janji.”

So kat manusia2 yang selalu janji palsu tu,(termasuk aku sndiri) ubah sikap kita. Jangan asyik mungkir janji, tkut nnt bila kita betoi2 berjanji, orang dah tak percaya dah. Kita kena tau, yang mungkir janji tu salah satu sifat orang munafik. Paling terok kalau time buat janji, hati kita dah tekad nak mungkir janji tu. Tu namanya nifaq, iaitu orang yang tunjukkan Islam, tp sebenaqnya dia sembunyikan kekufuran. Berhati-hati la kalo nak buat janji, kalo xbleh buat, truih terang la. Jangan sampai janji tu makan diri kita. Lidah kita bleh bawak kita p SYURGA, lidah jugak bleh bawak p NERAKA.

Eh aku nak p makan sat, aku dah berjanji ngan perut aku nak makan nasik ni. Haha.

Janji dengan manusia kita ingat, janji dengan Allah S.W.T mcam mana?

-Shafshar-

Rujukan : http://abah4atuk.blogspot.com/2008/07/dosa-lidah-mungkir-janji.html

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/01/033-nifaq-definisi-dan-jenisnya.html

P/S : Credit to Mmber aku di UITM Shah Alam yang hampir mungkir janji kemarin, lantas bg idea untuk aku tulih post ni. Hahaha

, , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: