Menunggu di Pintu Syurga

Assalamualaikum W.B.T

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan datang ketika perzinaan tersebar luas (Al-Haythami, Kitab al-Fitan)

Hari Akhir tidak akan datang hingga mereka (orang-orang jahat) melakukan perzinaan di jalan-jalan (jalan-jalan umum). (Ibn Hibban and Bazzar)

Aku rasa sesuai kalo topik ni aku start dengan 2 hadis Rasulullah yang ckup untuk menunjukkan yang zina ni adalah satu dari banyak2 tanda kiamat. Tolong baca post ni dengan hati yang insaf, bukan jiwa yang penuh nafsu.

Aku tulis bkan nak promote zina atau seks bebas. Jangan salah paham. Jangan nak nafi, zaman skrang ni mmg bnyak penzinaan jd. Selak la newspaper, akan ada berita pasai khalwat, tangkap basah, bohsia, dan yang paling kerap, anak luaq nikah. Yang terkejutnya, bnyak plak aku tgok, pompuan yang kena tangkap basah ataupon tangkap khalwat tu adalah pompuan yang bertudung. Aku pon heran, apa maksud tudung yang mnutup kepala seorang wanita untuk zaman ni? Fesyen ka,apa ka? Astagfirullah hal aziim. Aku menulis post ni dengan keinsafan dalam diri. Semoga Allah ampunkan dosa kita.

Aku bukan nak kutuk orang yang bertudung, sbb kebanyakkan yang pakai tudung ni adalah ikhlas semata-mata kerana untuk jaga aurat dia. Sbb banyak pompuan yang pakai tdung, dia tau, sehelai rambut yang dinampakkan kat bukan mahram dia, bleh menyebabkan dia dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat. Cuma sesetengah prempuan yang buat tudung ni hanya mcam fesyen. Aku bkan nak condemn pompuan, tp aku nak bg nasihat, sbb yang banyaknya golongan neraka ni adalah dari kalangan perempuan. Masya Allah, Nauzubillah. Ya Allah, ampunkan dosa kami.

Bukan setakat tunjukkan rambut yang sebelum ni ditutup dengan tudung, malah bnyak benda lagi yang ditunjukkan kat laki. Bila ditunjuk kat laki yang nafsunya tgh dikawal syaitan, so terjadi la perkara yang sepatutnya jd lpas kawin. Tak payah aku nak cerita panjang2, sendiri mau ingat la. Zina la apa lg. Ampunkan dosa kami Ya Allah, kami banyak buat dosa dalam hidup kami. And then dah jadi benda yang patutnya jadi sebelum kawin, akan jd satu lagi benda yang sepatutnya jugak jd lepas kawin. Maka perut pon makin membesaq.

Si perempuan ni pon suruh la laki ni bertanggungjawab. Si laki ni dengan penuh ego, kata kat perempuan tu, yang anak ni bkan anak dia. Dituduhnya plak pompuan ni jalang la, bohsia la, mcam2 lg la, so dia tak payah tanggungjawab kat anak dia tu.

Dah cukup 9 bulan, maka keluaq la seorang anak luaq nikah yang tak berdosa. Si perempuan ni pon suruh laki ni bertanggungjawab, laki ni bagi macam2 alasan. Dah 9 bulan si perempuan ni “berjaya” sembunyi perut yang membesaq tu, so depa ni kena plak pikiaq camna nak sembunyi anak yang tak berdosa tu. Kat bawah adalah dialog yang mungkin jadi antara pasangan tu.

Perempuan – Abang kata dah lepas ayang bersalin, abang nak kawin ngan ayang.

Laki – Bila masa aku kata camtu? Aku tak bersedia lagi la nak kawin.

Perempuan – Abang ni dulu janji lain, skrang ni lain plak.

Laki – La ang nak aku kawin awai2? Umoq aku baru 22, aku tak puas lagi enjoy hidup bujang.

Perempuan – Lepas tu anak kita ni camna abang? Apa kita nak jawab kat mak ayang?

Laki – Berapa kali aku nak cakap kat ang, anak tu bukan anak aku. Ntah laki mana la bg ang

mengandung.

Perempuan – Lepas tu macam mana ni abang? Ayang xmau orang tau ayang beranak anak luaq

nikah. Malu la.

Laki – Ni camni la senang, kita ltak budak ni kat mana2, harap ada la orang kutip pastu bela dia.

Laki ni pon ambik la budak yang tak berdosa tu, diletaknya tepi mana2 tong sampah, dengan harapan ada orang akan kutip budak 2. Untuk  elak dari orang nmpak dia buang baby tu, dia pon letak la time malam. So agak2 hampa baby tu akan survive dak smpai pg esok, sementara tunggu orang nak jumpa dia? Dengan sejuk malam, dengan lapaq dahaga, dengan semut dok hurung. Astagfirullah hal aziim. Ampunkan dosa kami Ya Allah. So budak kecik ni menangis la spnjang malam.

Kalo manusia lahir2 teruih bleh ckap, aku rasa baby tu akan kata camni.

“Ibu, ibu, ibu. Mana ibu? Td ayah cakap nak bawak saya jalan2. Tiba2 ayah tinggal saya kat sini. Tepi tong hitam ni. Bau busuk la ibu, saya susah nak bernafas ni.Ibu, saya lapar. Saya dahaga. Mana ayah ni, td janji nak datang ambik saya balik.Ibu, apsal ada semut naik atas badan saya ni. Ibu, dia gigit saya ibu.Sakit ibu…Ibu, saya dah tak larat nak menangis ni. Ibu, mata saya dah nak tertutup.Badan saya dah lemah ibu. Saya hanya dpat dengar, “Eh, ada orang buang bayi kat sini”.Maafkan saya ibu, saya tak dapat nak balas jasa ibu yang lahirkan saya kat dunia ni.”

Ya Allah, aku menulih ayat2 kat atas dengan rasa yang sangat-sangat-sangat sebak. Cuba bayang, kalo kita kat tempat budak 2. Pasangan lain yang dah berkahwin tp Allah masih blom bg rezeki anak kat depa, tp orang yang berzina ni sanggup bunuh anak. Kejam, cukup kejam. Mak, terima kasih sebab jaga abang dengan penuh kasih sayang. Pada sapa2 yang pernah buat cam pasangan kat atas td tu (aku harap xdak), bertaubat la secepat mungkin. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Jangan la smpai tak sempat nak taubat, smpai matahari naik di sebelah barat, pintu taubat pon tertutup dengan rapatnya. Teriak la macam mana pon, taubat tak akan diterima lg.

Jangan plak sbb ada sesetengah orang, dia berzina tp tak mengandung, truihkan aktiviti dia. Tolong bertaubat dengan segera. Kita xtau bila nak kiamat. Bersedia la dengan sckupnya.

Bayi yang mati td tu akan tunggu di pintu syurga, menunggu mak dia. Si anak ni melambai2 mak dia, dan menangis di pintu syurga. Ya Allah, ampunilah dosa2 kami Ya Allah. Sesungguhnya kami banyak buat dosa dan kemungkaran di atas muka bumi-Mu ini Ya Allah.

Ampuni kami Ya Allah, ampuni kami Ya Allah, ampuni kami Ya Allah.

-Shafshar-

rujukan – Majalah Mastika

 

, , , , , , ,

  1. #1 by Administrator on October 17, 2010 - 4:09 pm

    byk maklumat dan pengajaran ni shaikh.. Alhamdulillah… maseh sbb kongsi..

    • #2 by Shafshar on October 17, 2010 - 4:20 pm

      Alhamdulillah. Stakat mana aku tau, aku share2 la.

  1. Siapa Jodohku? « Shafshar's

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: