Kronologi Kiamat

Assalamualaikum W.B.T

Aku terasa nak menulih bab hari kiamat plak. Untuk nak mudahkan kita paham, aku try hurai sket2, insyaAllah. Mudah-mudahan kita semua dpat hidayah untuk bertaubat pada Allah, dan tingkatkan punya amalan pada-Nya. Hari kiamat ni ada dalam rukun Iman yang keenam, jd kita sebagai umat Islam WAJIB untuk percaya akan jadinya hari kiamat.

Lpas Malaikat Israfil dapat kebenaran dari Allah, dia pon tiupkan dia punya sangkakala yang sngat memekakkan telinga, akhirnya semua manusia mati. Yang tinggai, beberapa orang malaikat, Izrael, dan Allah Yang Maha Esa itu sndiri. Malaikat Izrael pon cabut nyawa malaikat2 len, then nyawanya sndiri.Malaikat Izrael pon rasa sndiri sakitnya sakaratul maut.Lepas semua makhluk mati, Allah bertanya dalam firmannya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Lalu dengan keagungan-Nya, Allah menjawab sendiri, “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa, Maha Perkasa”. Ni menunjukkan Keesaan Allah sebagai tuhan yang Kekal Hidup, Tak Mati.

Lepas 40 tahun, Allah hidupkan balik Malaikat Israfil, pastu Malaikat Israfil tiup la sangkakala untuk kali kedua. Semua makhluk hidup balik atas bumi yang putih, iaitu padang Mahsyar yang rata, xdak bukit dan xbulat macam bumi.Setiap manusia yang hidup melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” yang ada kat hujung tulang belakang kita. Hiduplah kita macam anak pokok yang kembang membesaq dari biji benih, bukan lg cara kelahiran biasa. Waktu tu semua manusia ngan jin hidup dalam keadaan telanjang dan hina. Kita tak akan malu sbb waktu tu kita semua akan risau dgan nasib dan masa depan kita di akhirat yang abadi.

Tiba2 akan ada api yang terbang, bunyi macam guruh akan halau kesemua manusia, jin dan binatang p perhimpunan besaq. Manusia yang bnyak amalnya di dunia, akan guna tunggangan, yang sikit amalan, akan jalan kaki. Yang banyak dosa plak akan berjalan gunakan muka.Masya Allah.Waktu tu, semua ibu akan lupa anak, laki lupa bini sebab semua manusia risaukan nasib depa.

Lpas semua manusia dikumpul, matahari dengan bulan akan terhapus cahaya. Keadaan jadi gelap gelita and jd huru-hara yang dahsyat. Langit tiba2 pecah dan turunlah malaikat2 yang besaq dan bersuara kuat, bertasbih memuji Allah S.W.T. Semua makhluk akan terkejut tgok rupa malaikat. Then Allah adakan balik matahari, lagi panas dari biasa. Sbb terlalu panas, matahari tu kita rasa betoi2 sejengkal dengan kepala kita. Sbb terlalu panasnya, peluh manusia kat situ jd laut. Manusia yang banyak amalan akan timbul, manakala yang bnyak dosanya akan tenggelam. Masya Allah. Keadaan tu jd selama 1000 tahun. Ya seribu tahun. Ya Allah, ampunkan dosa2 kami.

Semua manusia akan terkena matahari kecuali 7 golongan yang mendpat teduhan dari Arasy(takhta) Allah. Antara orang2 yang dpat teduhan ni :

1.Pemimpin yang adil & tak menipu

2.Orang muda yang taat dengan perintah Allah

3.Orang laki yang hatinya ada pada masjid

4.Dua orang yang berjumpa kerana Allah, berpisah pon kerana Allah

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Bertuahnya golongan2 ni. Saat semua manusia kepanasan, depa ni dpat naungan Arasy Allah.

Akan ada satu kolam, nama dia Al-Kausar, kepunyaan Nabi Muhammad S.A.W. Ayaqnya hanya dpat diminum oleh orang mukmin saja. Orang bkan mukmin akan kena halau oleh malaikat yang jaga kolam tu. Kalau diminum ayaq 2, manusia xkan haus selama-lamanya, dengan izin Allah. Kolam ni sngat besaq, baunya harum dan wangi, warna dia lg putih dari susu dan lagi sejuk dari embun. Kolam ni disalurkan dari syurga.

Sbab terlalu lamanya dok menunggu kat padang Mahsyar ni, manusia xtau nak buat apa2, kecuali orang2 yang beriman akan terdengaq suara menyuruh depa jumpa nabi. Kumpulan manusia ni, awai2 skali depa p jumpa nabi Adam. So nabi Adam jawab dia pon ada buat kesalahan dengan Allah S.W.T. Then depa p cari nabi2 yang lain, iaitu Nabi Nuh alaihissalam, Nabi Ibrahim alaihissalam, Nabi Musa alaihissalam, last skali nabi Isa alaihissalam. Semuanya bg alasan yang sama dengan nabi Adam alaihissalam. Jarak masa antara satu nabi ke nabi yang lain, ambik masa 1000 tahun. Akhirnya kumpulan manusia ni jumpa dengan Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam, penghulu segala nabi. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad ke hadrat Allah S.W.T, lalu Allah perkenankan doa baginda.

Lepas tu akan manusia akan terdengaq pukulan gendang yang kuat hingga manusia berasa takut azab akan turun.Lalu turunlah Arasy Allah, yang dipikul oleh 8 malaikat yang besaq, sambil bertasbih memuji Allah. Arasy ialah jisim yang amat besaq, bentuk kubah, ada 4 tiang. Senang cerita, macam istana. Ada seribu bilik kat Arasy, dengan jutaan malaikat dalamnya. Arasy terlindung dengan embun yang menghijab cahaya.

Seluruh makhluk pon menundukkan kepala sbb takut. Lalu mulalah timbangan amal. Semua kitab amal akan trun dari bawah Arasy, p kat pemilik masing2. Semua manusia akan beratur dalam saf masing2, mengikut nabi dan pemimpin. Orang kapiaq dan munafik akan beratur ikut pemimpin masing2. Setiap pengikut akan ada tanda masing2 untuk dibezakan.

Umat 1st yang akan dihisab adalah kita, umat nabi Muhammad S.A.W. Beruntungnya kita jd umat Rasulullah. Amalan pertama yang akan dihisab, solat. Hukum pertama plak adalah pertumpahan darah. Apabila smpai giliran manusia untuk dihisab, malaikat akan cabut kitab lalu diserahkan.Lalu pemilik kitab akan ambik dengan tngan kanan sekiranya Mukmin, dan sebaliknya untuk bkan Mukmin.Amalan akan dihisab guna satu neraca timbangan. Saiznya amat besaq, mempunyai satu tiang dan dua daun. Daun yang bercahaya untuk timbang pahala, daun yang gelap untuk timbang dosa. Waktu hisab, Nabi Muhammad S.A.W dan imam 4 mazhab akan tgok pengikut masing2 dihisab.

Perkara pertama yang akan diminta adalah Islam. Kalau bukan Islam, amalan baik tak akan ditimbang, tp amalan buruk akan ditimbang semuanya. Ketika dihisab, mulut akan terkunci. Yang akan bercakap waktu tu adalah kaki, tangan, dan semua anggota tubuh. Xkan ada hujah, dolak-dalih, tipu.Semua amalan akan diadili oleh Allah S.W.T yang Maha Bijaksana.Lepas semua amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar akan dibukak kepada manusia untuk menuntut hak masing2. Lepas semua makhluk puas hati, lalu dibenarkan untuk seberang titian siratul-mustaqim.

Benda yang penting untuk kita di hari akhirat nnt, adalah syafaat Nabi Muhammad S.A.W. Antara syafaat Nabi Muhammad, adalah untuk ringankan makhluk di padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. Syafaat yang lain, dapat masukkan manusia ke syurga tanpa hisab, dan keluaqkan manusia yang ada iman sebesaq zarah dari neraka. Namun syafaat ini perlu dpat keizinan dari Allah S.W.T. Para nabi dan rasul serta golongan khawas pon mendpat keizinan Allah untuk bg syafaat kat pengikut mereka. Jumlah nabi, rasul dan khawas ni berjumlah 70 000, dan seorang dari mereka bleh bg syafaat dekat 70 000 pengikut mereka. Setelah dihisab, manusia akan jalan ke syurga ikut jambatan Siraat. Bentuknya macam sehelai rambut yang dibelah tujuh, lagi tajam dari mata pedang. Orang mukmin akan dilebarkan dan dimudahkan untuk seberang.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan atas Siraat ambik masa 15000 tahun. 5000 tahun naik, 5000 tahun mendatar, dan 5000 menurun. Ada makhluk yang lintas macam kilat, macam angin, menunggang binatang korban berjalan dan merangkak. Ada yang takleh nak lintas sebab api neraka sntiasa dok tarik kaki, lalu depa ni jatuh dalam neraka. Nauzubillah. Masya Allah.

Sewaktu melintas, para malaikat berdiri di kiri dengan kanan untuk awasi makhluk yang lalu. 1000 ORANG YANG LINTAS TITIAN SIRAAT, HANYA SORANG SAJA YANG LEPAS UNTUK MASUK SYURGA. 999 YANG LAIN AKAN MASUK NERAKA.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura
2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” (An-Nahl ayat 105)

“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Aku baca ni rasa takut. Terbayang dalam otak aku, mcam mana la keadaan aku kat hari Akhirat. Takut, seram sejuk. Ya Allah ampunilah aku. Bnyakkan selawat kat Nabi Muhammad, sebab baginda yang akan bg syafaat kat kita. Ikutlah sunnah2 baginda, sbb aku penah dengaq, khutbah terakhir Rasulullah yang bermaksud :

“Barang siapa yang yang mengikut sunnahku, dia adalah golongan yang mencintaiku. Dan barang siapa yang mencintaiku akan masuk syurga bersama denganku”

-Shafshar-

, , , , , , , , , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: