Kembaq Manusia?

Kadang2 bila dok sorang2, kita akan rasa macam ada orang dok kat sbelah. Kdang2 bila kita nak buat baik, rasa mcam ada suara orang suruh kita buat jahat. Kadang2 bila time solat, ada mcam suara bercakap benda2 yang tak elok. Sekarang, mai kita sama2 kenai dengan Qarin. Aku pon baru nak berkenalan dengan Qarin ni. Bkan seorang awek yang namanya Nina Qarina, bkan Maya Qarin.Qarin yang aku nak crita ni xleh ditengok dengan mata ksaq. Xleh ditegoq dan xleh disentuh.

Qarin adalah satu entiti yang Allah ciptakan untuk mendamping manusia. Senang kita kata, Qarin ni KEMBAQ manusia. Semua manusia ada Qarinnya sendiri. Qarin ni jahat, btoi2 jahat. Yang jahat kejanya asyik nak melalaikan manusia. Nak bawak manusia p neraka ja. Qarin yang jahat ni dari bangsa JIN. Qarin ni la yang dok bisikkan was-was dalam hati kita, lalaikan solat kita, kalo kita nak buat ibadat contohnya nak baca al-Quran, rasa mcam ditahan2. Qarin akan try sungguh2 untuk halang kita dari buat ibadat ngan kebajikan. Tu la peranan Qarin dari bangsa Jin, hanya tau nak suruh manusia buat jahat. Setiap orang ada Qarinnya sendiri, termasuk para nabi.

Rasulullah sendiri pon ada Qarinnya : Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim). So senang crita kat sini, semua dari kita ada pendamping dari Jin.

Allah tu Maha Adil, Dia seimbangkan Qarin yang jahat dalam manusia ni, Allah diciptakan pulak Qarin dari bangsa malaikat. Qarin dari malaikat ni cukup baik. Kejanya plak, slalu suruh manusia yang di damping buat kebaikkan. Suruh solat awai waktu, suruh bg sedekah, suruh baca al-Quran, suruh baca bismillah sebelum buat apa2. Senang crita mmg baik la.

“Force” dalam diri manusia ni mmg slalu berlawan. Satu dok menghasut buat jahat, satu lg dok suruh buat baik. Kita bleh bg Qarin ni jd lemah. Tp mmg xleh nak hilangkan atau nak matikan Qarin ni. Cara nak lemahkan Qarin yang Jin ni, jangan lupa baca bismillah sebelum buat apa2 kerja, banyak zikir, banyak baca al-Quran, ikut semua perintah Allah, selawat atas Nabi Muhammad S.A.W. Susah kan nak bg Qarin yang jahat ni lemah? Tp nak bg Qarin yang jahat ni kuat, cukup senang. Buat benda yang Allah larang, makan tak baca bismillah, makan tangan kira plak 2. Asyik berseronok smpai lupa akhirat, yes rupanya dah kuat Qarin dalam diri kita.

Aisyah r.a. pulak menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim). Cemburu jugak adalah hasutan dari Qarin.

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi).

Dari satu cerita, satu hari Qarin org beriman ni berjumpalah dengan Qarin orang kapiaq. Qarin yang dok ikut orang beriman ni kuruih, tp Qarin orang kafiaq tu jd gemok. So si gemok ni tnya la dekat yang kuruih,”Awat hang kuruih sangat?”.pastu si kuruih ni pon jawab la dengan muka sedih, “Macam mana aku tak kuruih, tuan aku ni, masuk rumah dia zikir, time makan dia igt Allah, time minum pon mcam tu. Time bila aku nak join dia makan?” Qarin yang gemok ni plak kata, “Ruginya hang, dengan tuan aku ni, aku makan dengan dia, aku minum dengan dia. Aku pon tumpang bersetubuh dengan isteri dia.” So aku nak pesan kat diri aku dengan hampa semua, sebelum buat apa kerja, igtlah Allah. Jangan ingat kita hidup sndiri ja.

Qarin akan berpisah dengan manusia bila seorang manusia tu meninggai dunia. Roh manusia dok di alam barzakh, tp Qarin ni akan teruih hidup sbb umoq Jin ni panjang dan lama. Bila smpai time hari akhirat, 2-2 akan mengadap Allah untuk dihisab. Tp si Qarin yang jahat ni tak akan bertanggungjawab atas semua kejahatan yang manusia buat, atas hasutan dia.

So igt la, kita ni mmg ada 2 force yang dok seru kita sama ada untuk buat baik ka jahat. Kita sendiri yang pilih jalan mana kita nak ikut. Macam tagline filem Bohsia “Jangan Pilih Jalan Hitam”, pilih la cara masing2 nak menuju Allah S.W.T.

-Shafshar-

, , , , ,

  1. #1 by alrite also on October 15, 2010 - 3:47 pm

    your mother ? my mother alrite also!

    • #2 by Shafshar on October 15, 2010 - 3:54 pm

      hahaha.. tu dia, mai dah raja merepekkk..

  2. #3 by Haj on December 8, 2011 - 11:30 pm

    Mengapa Shafshar kata merepek, kasihan Hang kenalah belajar

    • #4 by Shafshar on December 10, 2011 - 11:38 am

      Tak lah haji, tu untuk kawan saya tu. dia mmg suka merapu sikit..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: