Peperiksaan Hidup

Assalamualaikum W.B.T

Post ni khas untuk semua orang yang rasa down dengan hidup, tekanan jiwa,, bnyak masalah, rasa nak bunuh diri, tak mampu nak hadap ujian Allah S.W.T, dan macam2 lagi symptom rosaknya jiwa sbb banyak sgt masalah. Amek isi post aku dari sudut positif, InsyaAllah, tenang jiwa. Yang normal jugak dialu-alukan untuk baca.

Sbab apa aku title aku tulis “Peperiksaan Hidup”. Sbb ayat yang slalu kita dgaq, ujian hidup. Kalo kat sekolah atau kolej, ujian tu slalu yang senang2. Ujian bulanan, ujian mingguan.Student pon slalunya buat xtau bila ada ujian. Tp bila smpai time exam atau peperiksaan? Menggelabah, termasuk la aku. So aku nak crita pasai “peperiksaan” hidup.

Kadang2 bila aku bukak Facebook untuk check apa perkembangan mmber2 aku kat situ, aku ada terbaca post orang2 yang tertekan, ataupon nak meraih simpati atas apa yang berlaku kat diri dia. Aku pon dulu camtu, time Allah uji aku dulu. Facebook la tempat aku dok tulih isi hati aku. Gamaknya kalo Facebook ni bleh bercakap, maybe camni dia kata kat aku. “sudah2 lah dok luah isi hati, bukannya nak setel masalah pon”. Tp lepas aku terbaca satu artikel agama pasai orang2 yang sabaq, aku tersentap. Orang yang banyak sabaq dengan ujian Allah, Allah bersama dia. Allah puji hamba2-Nya yang sabaq. Untungnya jd orang yang sabaq.

Allah, Tuhan yang Maha Agung, dia yang ciptakan manusia. Dia Maha Mengetahui apa yang makhluk-Nya tak tau. Dia tau sifat manusia. Jd Dia bg ujian kat manusia. Untuk tgok sejauh mana hamba2-Nya bersyukur. Ramai orang nmpak, yang terok2 tu lah “peperiksaan” dari Allah. Tanggapan yang salah. Peperiksaan yang paling susah nak tangkis adalah peperiksaan kesenangan, sebab manusia akan selalu lalai. Lalai dengan printah Allah, lalai dengan ibadat, lalai dok kejaq dunia semata2. Tak semua orang mampu nak hadap peperiksaan kesenangan ni kalo tak kuat imannya.

Ok kita ambik kisah senang. Zaman Rasulullah S.A.W dulu ada sorang sahabat, nama Tsalabah. Dia ni susah orangnya. Smpaikan kain solat pon dia kongsi dengan bini dia. So satu hari ni, dia mintak Rasulullah untuk doakan dia jd kaya. Sekali mintak, Rasulullah tak bg. Dua kali mintak, Rasulullah masih tak bg. Sebab apa? Sebab Rasulullah tau, manusia akan alpa dengan kesenangan. Tp kali ketiga, Rasulullah ttap mendoakan, sbb Tsalabah ni janji macam2 yang baik lpas dia kaya. Berkat doa Rasulullah S.A.W, Tsalabah jd kaya. Sebab terlalu kaya, akhirnya dia lupa untuk berjemaah dengan Rasulullah. And bila turun ayat yang wajibkan zakat, dia xmau bayaq zakat. Rasulullah murka dengan Tsalabah ni. Bila kekasih Allah murka, maka Allah pon murka. Akhirnya Tsalabah mati dalam kemurkaan Allah S.W.T.

Tu manusia yang hidup dalam zaman Rasulullah. Apa lg kita yang hidup di akhir zaman ni? Mmg kesenangan adalah nikmat yang susah untuk kita hadap. Kalau dah nama pon manusia, bila Allah bg senang, dia lupa, bila Allah bg ujian, baru mengadah. Apalah sgt ujian tu kalau nak dibanding dengan nikmat Allah yang tak terkira banyaknya? Lgpon sapalah kita sbagai manusia nak melawan takdir-Nya?

Banyaknya yang aku tengok mmber2 aku antara masalah depa, putus cinta. Come on. Putus cinta pon hampa merungut dah macam laki or bini meninggal. Baru bercinta, tak kawin g. No, bkan maksud aku nak condemn org2 yang putus cinta. Aku pon penah putus cinta. Tp taklah smpai nak telan pil tdoq smpai satu kotak besaq, xdak la sampai nak ambik dadah, tak pnah terlintas nak murtad. Ni bkan cita bohong, ada sorang student UNIVERSITI convert to Christian smata2 sbb putus cinta. Adoi, mudahnya dia. Awat dia igt kalo tukaq agama dia bleh dapat blik awek dia? Kena laknat dengan Allah ada la. Kalo nak tgok link pasal student tu, klik sini. Tu tak masuk lg dengan orang yang bunuh diri suma tu. Nauzubillah hi minzalik. Tp masalah bkan pasai cinta saja. Ada kawan2 atau spupu aku yang terima ujian yang sgt berat. Hilang ahli keluarga yang depa sayang. Kepada sepupu aku yang kehilangan ayahanda yang dia syang, yang jugak pak long aku, harap banyak sabaq hadapi “peperiksaan” dari Allah ni. Sabaq k?

Banyak orang kata, nasib seseorang tu mengikut karma. Apa tu karma? Karma tu hukum yang kata, kalo baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Betoi ka? Ni aku nak habaq, Kalo ada Melayu Islam yang percaya benda tu, TOLONG BUANG DARI KEPALA OTAK ANDA, PIKIAQ GUNA AKAI. Mmg aku nak marah. Tu hanya kepercayaan agama Hindu yang percaya ada kelahiran semula. Benda tu tak masuk akai dalam Islam. Dalam rukun Iman kelima pon ada, PERCAYA PADA QADA’ DAN QADR ALLAH.

Sebab apa aku kata tak masuk akainya hukum karma ni, kita bleh tgok dari satu segi. Nabi Muhammad S.A.W pon diuji dengan ujian yang berat2. Jauh lg berat dari kita. Logik dak hukum karma? Sedangkan Rasulullah adalah seorang yang dari kecik mmg amanah dan jujur, dan digelaq al-Amin. Rasulullah adalah manusia yang maksum, Allah lindung baginda dari dosa. Allah dah ampunkan segala dosa Rasulullah walaupun baginda mmg tak penah berdosa. Tp dugaan Rasulullah bkan sikit. Baginda penah dilempaq najis oleh penentang2 baginda, Baginda jugak penah kena sihir, kena racun. Semoga Allah melaknat orang2 yang menentang Rasulullah S.A.W.  Rasulullah jugak penah trima tempias fitnah kat Saidatina Aishah R.A yang betoi2 menyiksaan hati baginda. Dan Rasulullah sendiri diuji hebat dengan tahun-tahun kesedihan baginda. Logik ka hukum karma?

Bukan tu saja, nabi2 lain pon bnyak yang ditimpa musibah yang dahsyat. Kalo manusia biasa, aku rasa mmg dah give-up kalo tak kuat iman. Contohnya nabi Ayyub Alaihissalam. Dugaan baginda aku rasa cukup2 banyak. Hilang segala harta, anak2 meninggal, kena pulak penyakit cacar. Tp berkat sabaqnya nabi Ayyub, Allah bg balik suma benda, malah lebih dari apa yang dia ada sebelumnya. Tp nabi Ayyub tak takbur tp lg bertmbah keimanan dia. Mampu ka kita untuk jd camtu? InsyaAllah, kalo tguh iman, kita akan redha dengan apa2 pon “peperiksaan” yang Allah bg kat kita.

Banyak untungnya jd orang2 yang bersabaq ni, dalil pon bnyak. Aku bg satu kat hampa, ckup untuk terangkan semua.

Firman Allah S.W.T : “Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung”. (QS Az-Zumar : 10).

Aku ada teringat satu ayat, yang aku pegang smpai hari ni. Time tu ada musibah sket kena kat aku, Allah nak uji aku. Aku rasa down yang amat2. Ayat tu aku dngaq dari television, dari drama bersiri yang penah top kat TV3. Drama Nur Kasih. Ya, drama Nur Kasih. Time tu si Adam tu still kat Dubai kot, kalo tak silap. Then si bini dia(aku tak igt nama, sorry) dok nangis la tak brenti. Si mak mentua ni nasihat kat menantu dia, dia kata,

“ALLAH TAK AKAN UJI HAMBA-NYA LEBIH DARI APA YANG MEREKA MAMPU TANGGUNG”

Ayat tu btoi2 buat aku sbak. Aku rasa berdosa kat Allah time tu. Alhamdulillah, skrang masalah aku hampir settle. Alhamdulillah ya Allah.

Eh, sdaq tak sdaq dah dkat 2 page aku type. Type bnyak2 pon bkan hmpa nak baca pon, kan? Hahaha. Just kiddin’. Cukup dah rasanya pembentangan aku hari ni. Post yang ckup berat, aku dah tulis dengan ilmu yang mencurah2.Syukur pada Allah sbb bukak minda aku. Alhamdulillah. Syukur la dengan apa2 pon nikmat yang Allah bg, nikmat senang ka susah ka, dan igtlah Allah setiap masa, ikut la semua kehendak-Nya sbb ALLAH TU MAHA PEMURAH LG MAHA PENYAYANG.

-Shafshar-

Rujukan :

Kisah Para Nabi, Teladan Bagi Orang Berakal – Terjemahan Ustaz Hasan Din Al-Hafiz

Blog2 kisah nabi.

, , , ,

  1. Persoalan Karma « Shafshar's

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: