Bola oh Bola.

Assalamualaikum W.B.T

Bola oh bola. Laki mana yang tak minat bola? Aku akui aku pon minat bola. Slahkah untuk sorang laki untuk minat bola? Surely, mmg tak salah asalkan ada batas2 dia. Asalkan tak langgaq batas2 agama, smpai snggup buat tattoo pasukan faveret, no that’s too much. Kalo buat tattoo halal sekalipon, aku xkan buat. Mengarut. Ridiculous.Dan tak salah nak minat bola, asalkan tak langgaq batas2 kemanusiaan. Semalam aku dengaq ada crita jdinya gadoh antara peminat bolasepak negeri Kelantan dengan Selangor. Sorang MATI. Bkan aku nak mengaibkan mana2 peminat bola. Aku bkan racist.”Racism is not a part of football”.

Tp aku rasa smalam dah melampau. Sampai ada org mati, awat hampa igt nyawa orang ni apa? Sampah? Eloknya hmpa guna ke’berani’an hmpa untuk berjihad kat jalan Allah. Kalo menang dpat pahala, kalo gugur, syahid. Daripada buang masa ngan tenaga untuk bergadoh sama2 peminat bola yang rata2nya MELAYU. Aku mmg xstuju dan aku bangkang.

Ok kalo nak tgok sejarah bola Malaysia, Kelantan dengan Selangor ni rivalnya baru ja lg. Macam pucuk ubi baru nak tumbuh. Dulu team2 yang kuat, Selangor, Kedah, Pahang, P.Pinang, Terengganu. Aku malas nak sebut Perlih, satgi ada org kata aku puji negeri sndiri. Haha. Dulu adanya player2 import macam Christoper Kiwomya(Selangor), Viatchestlav Melnikov(Pahang), Merzagua Abderrazak (P.Pinang), Seidu Issifu(Terengganu) dan ramai lagi player2 len yang power. Permainan cantik, peminat takdak yang buat pasai. Kalo ada pon just sket, bleh dimaafkan. Tp skrang ni main dah la macam budak sekolah(maaf),kira nak bergadoh ja dalam pdang.Peminat plak perangai macam bukan manusia(maaf sekali lg).Nak cerita bab rival, dekat EPL tu team2 yang rival dah berpuluh tahun, tak pnah lg aku dengaq gadoh yang besaq2. Kalo ada yang terlepas dari pandangan aku, xtaulah.

Tp yang aku herannya, player dalam pdang biasa2 ja tackle dengan body sesama depa, fans plak lebih2. Siap dengan mercun. Tu kalo orag putih panggei, artillery. Senjata jarak jauh. Perlu ka suma ni? Hampa nak gelarkan diri hampa tu hooligan yang dikatakan peminat sejati bolasepak? Untuk pengetahuan semua, Hooligan TAK ADA KENA MENGENA DENGAN BOLASEPAK. The true meaning of hooligan: A tough and aggressive or violent youth. Maksudnya Pemuda Yang Ganas atau Kejam. Aku x nampak apa2 pasai bola kat situ.

Sedangkan dalam Islam itu sendiri melarang umatnya berlebih-lebihan. Even dalam ibadat. Jangan terlalu beribadat smpai lupa tanggungjawab kita as manusia. Apa lg dalam minat bola? Aku pon minat bola. Ayah aku pon minat bola. Tp xdak la sampai nak bertumbuk. Buang masa buang tenaga buang nyawa. Aku mintak maaf kat peminat bola Malaysia, kalo ada ayat2 aku kena kat batang hidung hampa sendiri. This is my point of view.

Baik aku minat Arsenal. Main pon cantek. Haha.

-Shafshar-

, , , , , , , , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: