Maher Zain Agenda Yahudi?

Assalamualaikum W.B.T.

Aku hanya melepek kat rumah hari ni. Exam dah habih, bahagian aku untuk project pon aku dah setelkan. Aku xtau nak buat apa hari ni. Dengaq LiteFM, amek feel layan lagu2 slow. Rancak la jugak. Aku mmg minat those kind of music. Aku x layan sngat RnB, or Dance ka apa. Hajat nak p jogging, tp cuaca macam nak hujan. Lain kali la berjogging. Aku rasa stuck hari ni, aku xtau nak menulih apa sbenaqnya.

So aku belek2 aku punya blog, tgok brapa readers, comment, and camna orang bleh sampai mai blog aku ni. Belek pnya belek, aku tgok ada la 4-5 orang smpai ke post Mintak Maaf, Maher Zain dengan search kat google, “Maher Zain seorang Yahudi”,  “Maher Zain agenda Yahudi”, and ada la lagi search query yang mencari bukti bahawa Maher Zain ni ada kaitan dengan Yahudi. Hahaha, aku gelak sorang2. Ada jugak manusia yang nak mencari keburukan orang Islam lain rupanya.

Aku pon p la site Google.com, aku cari la apa yang ptut. Wow! Aku punya artikel aku kat atas sekali. Haha, patut la ramai yang baca benda ni. Erm, so dari apa yang aku jumpa, aku jumpa benda2 camni pasal Maher Zain. Aku copy paste dulu. Satgi aku hurai.

“Lagu Maher Zain iaitu “Insha Allah” amat menarik dan sedap didengar. Bagi pembaca yang masih belum sempat mendengar lagu beliau, anda boleh mendengar dan menonton Maher Zain.

Tetapi ada beberapa perkara yang membuatkan saya tertanya-tanya dan pelik sedikit berkaitan lagu-lagu yang dikeluarkan oleh syarikat artis ini.

Pertama, cuba anda lihat logo syarikat yang mengeluarkan lagu artis ini.

Simbol tersebut seperti bentuk simbol illuminati.

Cuma segitiga dalam mata, tiada banyak perbezaannya, tetapi saya tidak pasti perkara ini tidak disengajakan atau disengajakan oleh pihak tertentu kerana mungkin mereka ialah pengikut freemanson atau menyokong illuminati.

Mengapa dengan logo tersebut?

Kita kenali Maher Zain sebagai penyanyi yang menyampaikan lagu berunsurkan Islam dan tidak dinafikan banyak lagu daripada Maher Zain yang sedap didengar seperti Insha Allah dan Thank You Allah.

Kedua, alamat syarikat Awakening Records itu sendiri. Cuba anda lihat alamat syarikat Awakening Records (cari maksud awakening records) yang menghasilkan lagu Maher Zain di bawah:

Awakening Worldwide
Unit 306 New Loom House
101 Back Church Lane
London
E1 1LU
UK

Perkataan Church membuatkan saya amat terkejut di mana lagu berunsur Islam dikeluarkan oleh syarikat sedemikian. Jika anda lihat laman web syarikat tersebut, ia memang amat simple. Mari kita berfikir sejenak, lagu berunsur Islam berhampiran gereja atau pengeluarnya adalah orang yang beragama Kristian?”

Artikel di atas dicopy-paste sepenuhnya dari http://hairul.net/bodoh-mati-iluminati-konspirasi/comment-page-1#comment-3245. Aku termenung sat, nak pecaya, ka tak percaya. Last skali, aku rasa aku punya decision macam ni.

Aku rasa teori konspirasi la ni makin tak relevan la. Aku rasa teori konspirasi ni dikeluaqkan sndiri oleh orang2 yang buat konspirasi tu sndiri. Semua benda nak dikaitkan dengan Israel n Yahudi pon xbleh gak. Allah Maha berkuasa atas semua. Yahudi tu pon makhluk Allah, perancangan depa tak sempurna. Allah jua Maha Sempurna. Konspirasi ni aku rasa just nak melarikan tumpuan orang Islam dari beribadat dengan sempurna. Ya la, aku pnah dengaq, bulan dengan bintang kat masjid2 jugak adalah bawaan pengaruh Yahudi. Aduhh!

Illuminati dengan Freemason dah xyah buat keja trok2. Just dengan kluaqkan sket konspirasi, dah menggelabah semua orang. Aku pon penah jadi camtu dulu, tp apa nak diherankan? Orang mmg suka baca pasal konspirasi. Tp aku makin lama makin meluat. Jangan marah aku, sbab aku dah bosan dengan konspirasi ni. Ok kita balik kat fitrah manusia, apa tujuan kita hidup kat dunia ni?

Kita ni nak kena percaya semua benda dalam dunia ni dijalankan oleh Yahudi ataupun ikut Sunatullah? Grow up la wei semua orang, kita hidup kat dunia ni hanya dengan satu tujuan. Apa tujuan kita? Untuk beribadat kat Allah S.W.T semata2. Sat aku nak cari dalil sat. Aku pnah baca pasal tu.

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah az-Zariyat ayat 56)

Haaa. Jumpa pon, bukan main penat lagi nak cari. Hayatilah ayat kat atas, hampa akan tau, tujuan sebenaq kita diciptakan atas muka bumi ni. P mampuih lah Yahudi kalo dia nak buat konspirasi macam mana jnis pon, kalo kita abdikan diri kat Allah, Allah akan tolong hindarkan kita dari semua tu. Allah tu Maha Adil, Dia akan bantu hamba-hambaNya yang ditindas. So aku nak pesan kat hampa, tolong jangan terlalu obses dengan Illuminati-Freemasons-Conspiracy. Buang masa. Jangan ada mulut yang kata aku x pnah tau pasal Freemason semua tu. Aku dah baca lama dah pasal benda2 ni.

Dulu2 time mula2 tau, obses la gak. Tp makin lama, makin mengarut dan lastly aku sedaq, konspirasi ni pon macam nak mengalih perhatian kita dari beribadat sepenuhnya kat Allah S.W.T. Semua tu mcam nak ciptakan ‘panic’ dalam otak kita. Cukup-cukup-cukup! Aku xmau dah obses ngan natang2 camni, mengarut! Aku tak kata konspirasi ni satu pembohongan, tp aku kata konspirasi sesuatu yang melalaikan. Cukuplah mata kita selama ni dibutakan dengan canvas puteh yang kononnya nmpak macam suci. Tumpukan hidup kita untuk Allah S.W.T semata. InsyaAllah.

Berbalik kat masalah sama ada Maher Zain tu agenda Yahudi or whatever, snangnya camni. Jangan buruk sangka sesama Islam, anggap mcam berita tu palsu. Kalo btoi dia agenda Yahudi, tu adalah antara dia dengan Allah. Kita tak layak nak menghukum manusia lain. Kalo hati kita kata dia tu betoi2 agenda Yahudi, xyah dengaq lagu dia. Cari penyanyi nasyid lain, and satu hari nnt gak, penyanyi tu pon akan dikatakan agenda Yahudi. Cari pulak penyanyi lain, n benda tu akan berulang2 sampai kiamat. Peace!

-Shafshar-

Rujukan –

http://hairul.net/bodoh-mati-iluminati-konspirasi/comment-page-1#comment-3247

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/07/perihal-tujuan-manusia-diciptakan.html

, , , , ,

  1. #1 by irsyad on November 28, 2010 - 11:10 pm

    haha….konspirasi addicts pasal maher zain?

    anyway..aku just rasa pity untuk dia…mmg betol dia nak bawakan msj Islam..tapi cuba hang tgk…kdg2 yang minat dia bukan pasal msj dia..minat pasal hensem…tgk time dia datang Malaysia dlu la…sapa yang ramai?pmpuan kan? dah lari aku rasa dari tujuan asal 2…xkurang jugak yang dengaq lagu dia sebab catchy..bukan nak hayati..this is my inference btw..maybe salah..maybe betol..

    and i do feel pity to our nasyid group….muka xhensem mmg xdak market kat sni…contoh Faizal Tahir masa dalam Mirwana..dengaq kata imej macam Maher Zain jugak..tapi awat xlaku?? lpas dia join mainstream baru laku.. knapa???so aku deducekan…muka xhensem bleh pi mati…hensem2 ja boleh nyanyi..xgitu?

    lastly..shaikh..nasyid Intifada skali..up skit morale!

    • #2 by Shafshar on November 29, 2010 - 12:31 pm

      yup bro, aku stuju dengan ang. mmg dah adat dunia camtu, yg mana elok orang sanjung, yg mana x elok orang buat xtau.
      mmg time konsert dia tu, ada prempuan fanatik (bertudung) menjerit2 nama si Maher Zain ni. aku pon pening gak. Tp in this case, kita xleh salahkan maher zain (tambahkan ayat ‘saja’ jika perlu). kita xleh nak baca hati orang, sama ada dia menyanyi ni ikhlas untuk berdakwah or hanya untuk fame smata2. yg salah, pminat dia. depa x tgok genre asal lagu dia yg teraskan nasyid n Islam, tp dngaq dari kemerduan sora ngan kehenseman penyanyi. mana la x terkinja2 time konsert maher zain hari tu. Kalo betoi2 hayati n amek iktibaq dari maher zain ni, bleh insapp woo. dia pnya lirik bleh tahan. La ni aku letak camni la. aku xsure sama ada tugas si maher zain ni, untuk berdakwah ataupon untuk melalaikan. tp kita yang Allah bg akai ni, pkiaq sndiri la mana buruk, masing2 dah beso.

      Yang bab nasyid Malaysia, aku xdak apa2 nak comment. peminat la ni banyaknya yg pndang rupa saja. xdak penghayatan.Tp kan, bkan aku nak condemn orang2 nasyid kat Malaysia, tp nasyid la ni, banyak pengaruh cinta kat manusia, bukan cinta kat Allah ataupon Rasul. tak salah nak buat lagu cinta manusia, tp kalo hat tu ja yg ada, aku pon jd tak minat. Kita ambik contoh, Haddad Alwi. Sora bkan best mana pon, rupa pon tak la hensem. tp aku bleh minat lagu2 dia. sampai la ni aku still minat lagu2 dia. ish dah pnjang gila aku reply comment ang, dah macam post baru dah. haha. ok bro, sbab ang request,

      Bangkit segar seirama, meluruskan rentak safnya,
      Riuh rendah, basah lidah,
      Kalam wahyu mewangi di taman…

  2. #3 by irsyad on November 29, 2010 - 5:41 pm

    ok……sokong pendapat ang…..apa2 pun…..kita tunggu dan lihat…..

  3. #4 by leesa on December 28, 2010 - 6:54 pm

    (positive view)…

    well first of all…we cant just jump into conclusion….
    i pernah dgar la, dyer ni dulu2 penah kejer ngan lady gaga etc..(jewish punyer org kuat)…
    so,,mungkin jugak company tu, company lamer dan dyer blum tukar tmpat nyanyian dyer ker per…
    mugkin dyer islam btul ttpi slepas dyer brtobat.

    (negative view)…

    atau mugkin dyer ni btul2 kturunan dajjal…
    sebab ni pun i penah trbacer lar…dajjal ni, dyer akn msuk ke mana2 agm dan brpura2 mnjadi umat agm trsebut…
    jadi nyer, tak impossible lah dyer ni ahli kturunan dajjal laknatullah..

    (back to positive view)…

    kalo pun btul dyer ni dajjal, nescaya, kiter sebgai selemah2 umat, takkan perasan dgan tipu daya dajjal…
    ada hadith Nabi Muhammad SAW brkata, tipu daya dajjal ialah sehebat2 tipu daya shingga kan ada para2 alim ulamak yg trtipu dgan tipu daya mereka…

    (back to negative view)…

    cuba anda fikirkan, mcm mana ranking votes dyer boleh mngalahkan ranking votes lady gaga, justin bieber dan juga barack obama pdahal mreka2 ni lebih kuat kpercayaan mreka trhadap iluminati..
    atau adakah maher zain ini lebih hebat dari mereka??

    • #5 by Shafshar on December 29, 2010 - 1:27 am

      YUp, sangat stuju dengan pendapat u cik Leesa. mmg btol, fitnah dajjal laknatullah ni mmg sangat halus, sapa la kita ni untuk tau. Ilmu sejemput ja kata orang tua2. Bila ada pro, ada la kontra. Kita xleh membabi buta nak tuduh si Maher Zain ni ahli Illuminati, Freemason or whatsoever. xleh sewenang-wenangnya, berdosa kita sbab bruk sangka kalo dia btoi2 ikhlas.
      Btol, Dajjal mmg bleh menyamar jadi orang yang warak smpaikan orang2 alim pon terpedaya. I pon ada penah terbaca pasal tu, sbab dulu I mmg agak obses dengan bab Dajjal. Tp popularity dia as Nasyid singer tu mmg agak extraordinary, seriously. sbab sentimen anti-Islam ni sebenaqnya tebal kat barat. Tp kita xtau, mungkin Allah uji dia dengan kemasyuran, kita xtau. Skang ni kita just ambik lngkah berjaga2, just wait n see.

  4. #6 by Mas on January 10, 2011 - 11:50 am

    Rasa2 orang yang buat original story ni tak buat homework ke. Kenapa attack Maher Zain aja, what about Mesut Kurtis, Sami Yusuf (dulu) dan lain2 penyanyi nashid bawah bumbung Awakening. Kenapa tak label agent Yahudi jugak? Lagi satu, address Awakening pun boleh jadi isu ke? Dah kebetulan office they all kat situ… habis what about those yg ofisnya terletak kat Jalan Gereja di KL tu, semua agen kristian ke? Kalau nak buat fitnah, biarlah intelligent sikit.

    • #7 by Shafshar on January 10, 2011 - 5:10 pm

      Saya stuju seratus peratus dengan pendapat cik Mas. Banyak lagi artis-artis yang bernaung di bawah Awakening record. Konspirasi ni hanya membutakan mata.

  5. #8 by ineverytear on February 8, 2011 - 12:06 pm

    Assalamu’alaykum.wr.wb. . saya jg komentar yah menurut pengetahuan saya….
    Klau awakening record sy memang agak curiga dgn logonya seperti Freemansory alias secret society “illuminati”…. dgn logo mirip mata…. kemudian pernah ada foto maher zain yg dibuat dgn wajah bagian kanannya(mata) dibuat gelap oleh bayangan….
    rata-rata artis yg terlibat dalam kelompok itu menampakkan dgn mata kanan tertutup….
    Allahu’alam…. namun sy menilai Maher Zain bukanlah orang2 pengikut kelompok itu….
    Ia mungkin tak tahu…..
    memang Illuminati menguasai berbagai bidang, entertainment,food,fashion,
    Mungkin mereka hanya dimanfaatkan oleh2 orang2 illuminati yg berkuasa…….
    dan mereka tak tahu klw diatasnya orang2 Illuminati yg berperan….
    Allahu’alam bissawab

  6. #9 by melsy on July 7, 2011 - 2:22 am

    kalau nak bercakap pasal simbol jugak, mungkin hati lebih selesa jika ambil macam ni..

    simbol illuminati – mata dalam segitiga. ikut dakwaan teori konspirasi (kadang2 ada yg buat perkaitan secara obses dan melampau, tapi tak boleh juga tolak bulat2), matlamat illuminati secara kasar adalah membentuk pemikiran dan pandangan setiap individu mengikut acuan (minda/pandangan yang tertutup contained within their ‘triangle’) yang memberikan kelebihan kepada matlamat dajjal mereka. Minda yang terbentuk melalui sistem dan persekitaran dunia sekarang (hedonism, atheism, kapitalism dll).

    simbol Awakening Records – segitiga dalam mata. merujuk kepada pemikiran/minda yang sedar sepenuhnya (fully awakened) yang dapat melihat agenda illuminati@zionis@dll yang terdapat hampir di mana-mana shj, maka dapat sebaik mungkin bebas daripada pengaruh mereka (their ‘triangle’ contained within our eye). mungkin ini matlamat Awakening Records melalui mesej yg cuba disampaikan, iaitu dengan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t dan kefahaman islam sebenar, maka secara tak langsung kita akan dapat melihat ‘segitiga’ berkenaan, bukanlah melalui kajian melampaui batas sehingga membuang masa, kadang2 lebih daripada mengaji Quran pulak tu.

    tak salah kalau ambil apa2 yang baik, selagi didapati tak ada apa2 yang tak kena dengan apa yg cuba disampaikan. Wallahualam.

  7. #10 by TJ on September 17, 2011 - 8:25 pm

    I`ve been looking for an article to “awaken” this friend of mine from his obsession over the whole new world order- conspiracy theory-illuminati thing and stumble upon your blog.

    ingat ingat sapa la shafshar, you rupanya shaikh. haha.

    btw, I setuju with your point of view. The frenzy to associate everything with freemason and the likes is getting too absurd. habis lepas ni kalau I buat rumah bumbung segitiga ada can tak kena tuduh pengikut freemason? keh keh :p

    • #11 by Shafshar on October 5, 2011 - 9:48 am

      Hahahaha… eh cik therah! kira u jmpa article I ni on random search? ok camtu la ceritanya, i dah explain pon dalam article I tu, nak percaya boleh, tapi jangan terlalu obses. ok? tell your friend that Freemason tu macam khayalan ja, lagi kita obses lagi kita nmpak..

      U nak buat bumbung 3 segi? NOOOOO jangannnnnnn.. hahaha, just kidding.

  8. #12 by Aulia on October 18, 2011 - 1:49 am

    boleh nak rujuk ke alamat http://www.awakeningworldwide.com atau http://www.awakening.org semoga isu agenda Yahudi tidak menjamah kemana-mana

    salam takzim :)

  9. #13 by Aulia on October 18, 2011 - 2:25 am

    oiya saya lupa cik, ini album tentang CEO Awakening http://www.facebook.com/media/set/comments/?set=a.436764241771.208260.16979356771

  10. #14 by Shafshar on October 19, 2011 - 7:30 pm

    Terima kasih encik Aulia atas feedback yang diberikan.. Tq so much.

  11. #15 by Muslim faith , Muslim Proud on November 20, 2011 - 8:09 pm

    Please can you translate your text is English coz i don’t understand your beautiful language. I’m muslim from London.
    I have lot of doubt too about this Maher zain , in fact he’s amazed by America and they support the false flag revolution in Libya …

    • #16 by Shafshar on November 24, 2011 - 3:51 pm

      If you need me to do the translation, then I’ll do it but not now. Maybe when I’m free, I’ll translate this article for you my friend.

  12. #17 by Muhammad Rizky Fernanda on September 27, 2012 - 9:45 pm

    Hmm… mungkin you benar, kita jangan terlalu obses dengan berita camtu. Kita kat dunia ni hanya beribadah je kepada Allah S.W.T . Terima Kasih. Assalamu’alaikum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: